Kalimantang itu…

February 23rd, 2008

Lampu

22 Februari 2008 (Jumaat)

Ikeda terduduk sambil menghela nafas
panjang di kerusi empuk di pejabat nya.. Aku jua terdiam.. Suasana bilik itu
sunyi.seketika..

“Sensei..boleh saya balik skrg?”

“Ha..”

Langkah longlai pulang ke rumah.. Mahu
tumbang rasanya ditiup angin sepoi petang itu.. Berputar ligat fikiran
memikirkan macam-macam perkara yang bersangkut.. Kalau begini,akan begini..
kalau begitu,akan begitu pula.. Masalah.. tak boleh lari lagi.. Usaha apa lagi
boleh dilakukan?Hanya berserah.. doa dan tawakal.. Syukur aku punya Tuhan..
Tidak di layan seperti hamba wlaupun itu hakikat sebenarnya.. Malah di suruh
meminta kepadaNya.. Allahuakbar!!

 

Malam itu aku hanya termenung.. dan terus
termenung.. serba tak kena.. Kalau baring..terasa hendak duduk.. duduk terasa
hendak baring kembali.. Aku tutup lampu,berselubung dlm selimut,pejam
mata.Tidak mahu lelap.Ku sambar Nintendo DS.. Mario Kart jadi pilihan malam
itu.. Kekalahan berturut turut.. Apa yang tidak kena agaknya.. Pejam mata
kembali..cuba utk tidur.. cuba dan terus mencuba.. Jam berapa aku terlelap agaknya malam itu.. namun yg pasti
aku berjaya.. Berjaya utk tidur.


23 Februari 2008 (Sabtu)

Bangun pagi itu terasa awal dari biasa..  Cuba utk pejam
mata kembali tidur.. Gagal kali ini..tidak seperti malam tadi.. Terlentang atas
futon.Hanya ada lampu kalimantang tiub silinder setentang mata.Puas ku tatap
lampu itu.Tiada apa yg aku belajar dari lampu itu.Tapi sekurang2 nya dia punya
matlamat di dunia ini.Hidup utk menerangi manusia dgn harapan manusia yg
diterangi nya itu juga punya matlamat sepertinya.

 

“Ah! Tak boleh begini! Hidup msti di
teruskan! Yosh!!”

Bangun berwuduk dan mendirikan “subuh”
sekitar pukul 11 pagi.. Terik matahari sudah sedikit terasa pagi itu berbanding
hari sebelum yg mendung..

Laman Friendster memaparkan icon new
message.. Dari Along..

 

“Date: 02/22/2008 9:13 pm

Subject: atuk masuk hospital

Message: tadi mak tepon.mak kata atuk masuk
hospital sakit jamtung n paru-paru berair.nak bawk g klang tapi tak stabil lagi
so duk banting.tadi pkul 3 lebih mak kata atuk tak sedar, dah bernafas ikut machine.mak
ngah on the way nak balik, pak lang pun tgh try nak balik, along tak balik
kot…tapi bulan 3 ni nak balik lah. ni nak g survey tiket air asia ..

 

Aku capai telefon..

“Hello..” suara mak sedikit berbeza dari
biasa

“Mak.. kenapa ngan atuk?”

“Oo..angah.. eh,mana angah tau?”

“Along..”

“Oo.. Tu la.. semalam dia bgtau sakit
dada.. dia kata dia dah rasa sakit 2 3 hari lepas..tapi dia tahan2 sakit tu,
agaknya dah tak tahan sgt baru dia bgtau smalam.. mak bawak dia pegi klinik..klinik
suruh bawak hospital.. kat hospital masuk emergency.. dia pengsan.. doctor
suruh bawak ke hospital klang.. tapi smlm dia tak stabil doctor kata duduk
banting dulu..ni skrg dah bawak klang sbb dia dah stabil skit..” suara mak
tersekat2..

“Kat
klang doctor dah pasang alat bantuan pernafasan..dia sedar tapi doctor bagi
ubat tidur supaya jantung dia tak bekerja sangat.. “

“Mak kat klang la ni??.”

“Aa..Suma ada kat sini..pak lang pon ada
skali.. tapi tu la.. doctor kata 50-50.. apa2 jadi terima je la..”

“……..”

“Angah doa ye.. takyah la balik.. along pon
tak balik agaknya..”

“Emm.. “

………………………………………………………….

Satu2 kenangan dgn atuk mula muncul..
Paling terasa waktu cuti sbelum berangkat ke Jepun.. Satu pagi atuk telefon ke
rumah mengajak teman ke kebun andai tidak kemana.. Ku turut kata bekas guru
besar sekolah kebangsaan sungai buaya,banting itu.Sekitar umur 70an..masih
mampu ke kebun menebas rumput..mengutip kelapa bali yg gugur..

“Atuk nk pegi sorang takut.. dulu masa wan
ada,dia la slalu teman atuk.. berdua la ke kebun.. masa dia dah tak boleh jalan
pun dia teman.Duduk la dlm kereta tgk atuk menebas..”

“Ooo..ni kalau Lan takder atuk pegi ngan
sape?”

“Tak de la pegi.. ni dah lama tak pegi..
dah semak agaknya..”

“Kalau apa2 jadi bahaya sorang2..”

“Tu la..tu yang atuk takut tu..sorang2..
umur dah tua..apa2 jadi..sorang2 je..menjerit pon takder sape dgr..”

“Kang lepas ke kebun kita pegi makan mee goreng
kat warung tepi TUDM tu.. ucu ko kata sedap..”

Di warung tepi TUDM, atuk tak la makan
mana.. hanya meneman aku makan.. konon nya upah meneman dia.. Saat membayar,
atuk sempat berseloroh dgn pemilik warung.. “Ini cucu.. tak lama dah sini.. nak
ke Jepun blaja.. muka pon dah mcm askar Jepun..”

“Hahaha…” gelak bersama pemilik warung

……………………………………………………………..

Buat ke sekian kali nya aku merenung lampu
kalimantang tiub silinder itu.. Tak boleh tidur.. jam menunjukkan sekitar pkul
1.. Awal dari biasa.. mengeleseh ke kiri..kemudian kekanan.. dan kembali terlentang..
masih lampu kalimantang tiub silinder..

…………………………………………………………..

Terkejut dgn deringan telefon.. tak sempat di
angkat..putus.. dari Emak.. sekitar 3 pagi waktu tempatan..(2 pagi waktu Malaysia) . Hati mula mengagak yg tidak baik.. Jantung berdegup
kencang.. Telefon berdering lagi.. sekali lagi dari Emak.. ku renung telefon seketika
sebelum di angkat..Kumpul kekuatan dalaman utk menerima segala kenyataan.

“Angah..” suara mak tersekat2..

“Atuk dah takde… “

“……”  Kelu…

“Innalillah..”

“Angah doa la ye.. yasin ke.. takyah la balik..jauh..Along
pon tak tau lagi balik ke tak.. kebumi esok agaknya.. ni tgh uruskan nk bawak balik
banting..”

…………………………………………………………….

Tatapan ku masih lagi kalimantang silinder itu..

“Atuk..” sepontan tersebut.

Waktu berlepas ke Jepun dulu,atuk turut mengiringi
ke KLIA..

Saat mak ragu2 melepaskan aku ke luar negara, kata2 atuk mengizikan
pemergian itu.. “Biar dia pegi..bagus belajar luar negara..timba pengalaman tempat
orang..”

Dan waktu pertama kali pulang bercuti ke  Malaysia khabar
‘clash’ pun tersebar di kalangan keluarga.. tapi kata atuk..

“ Yang putus boleh
di sambung..”

Kini atuk tinggal kenangan.. Atuk jenis orang
yg jaga makan dan kesihatan.. disiplin.. sasuga seorang guru besar.. beruntung jadi
seorang pendidik.. ilmu yg bermanfaat pahalanya sentiasa “mengalir” walau terputus
nyawa dari jasad..

 

24 Februari 2008 (Ahad)

Sekitar jam 9 aku terjaga.. segala yg berlaku
sejak Jumaat terasa bagai mimpi.. Tak sangka atuk dah takde.Ku selak langsir.. Putih.
Lebat salji pagi ini. Bumbung rumah2 bagai di salut “krim” vanila.Sayu rasanya..

Perkhabaran terbaru atuk sedang di mandikan..

Moga atuk di tempatkan di kalangan orang2 yg
soleh.. Amin..

 

Alfatihah buat atuk.. Hj Bidin bin Busu


وَلَنَبۡلُوَنَّكُم
بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ
وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٥)
ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ (١٥٦) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَيۡہِمۡ صَلَوَٲتٌ۬ مِّن رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةٌ۬‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُهۡتَدُونَ (١٥٧)

Al-Baqara
Demi
sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut
(kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya)
kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah
khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155)
(Iaitu)
orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka
berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah
jualah kami kembali. (156)
Mereka
itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan
dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang
dapat petunjuk hidayatNya. (157)

 

 

 

 

 

 

~ E M P E ~

January 8th, 2008

       Aku teruskan luncuran sambil memerhati sekeliling..mencari kelibat kawan2 andai ada yg berdekatan.. Pandangan hampir saja di’buta’kan dgn kepesatan limpahan bekuan air dari langit.. Maha Suci Allah.. Gogle hanya di hias cantik di dahi..andai di pakaikan di mata pon kabur..lantaran hakikatnya tak reti menggunakan kecanggihan benda alah bernama gogle..haha..

       Lenguh kaki..rasa ingin berehat duduk sebentar..namun andai duduk seorang bersendiri,akan terasa sunyi.. Teruskan luncuran..

       "Bassoku!!" terpacul keluar dari mulut tatkala melihat kelibat basyir duduk di tepi curam itu.. Basyir mengangkat tangan..seolah2 memberi isyarat "Akulah Basyir!! Akulah Basyir!! Akulah Basyir!!" 

       Saat itu teringat bayangan basyir sewaktu di UTM.. berdiri di pintu belakang kelas hoshi.. kaki sedikit terkangkang.. tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri,tersemat di depan.. sambil tersenyum.. berbaju biru adidas..  Lalu saja di depan nya.. PAP!!basyir akan menepuk belakang orang yg lalu..dgn tangan yg menekup.. Haha.. Ape jenis pesyen pon tak tau la..

       Aku arahkan board meluncur ke sisi basyir..lalu duduk di sebelah..

"Bazlan..awat kita berdua ja..yg lain tak nmpak pun.."

"Depa kat blakang kot, bas.. Biasa la.. kita laju.."

"Hahahaha!!!" berderai gelak dlm kesejukan…

       Kami duduk berdua menanti teman2 lain di belakang.. Saat itu,ku bawa jauh hati dan fikiran..melayang ke "belakang".. Satu persatu helaian memori ku buka..

———————————————————————-

"Bakayaro!!"  [Bodoh!!]

"Soremo wakarann no ka??"  [Itu pon tak tau ke??]

"Chotto hidokunai??"  [Teruk!!]

       Aku dan Yoshitake Nobu hanya menundukkan kepala.. Tak tahu apa hendak di kata..

"Sono zu no shita,eigo no bunsho kaite aru yaro.. are yakushite!" [Kat bawah gmbar rajah di situ ada ayat english..terjemahkan!!]

"Erk..sono hen.. shirabete nai des kedo.."  [Erk.. bahagian tu.. saya belum semak lagi..]

"Wakarann no?? Oi Oi.. [Tak tahu?? Hoi..Hoi..]

       Sambil itu..aku mula berfikir ape terjemahan nya.. Tak paham.. english yg berkait dgn Subjek Hidraulik.. Habislah..

"Azlan.."  "Yakushite!!"  [Terjemahkan!!]

"Sumimasen.. yoku wakaranaides.." [ Minta maaf..saya tak tahu..]

"Huu.." Fujita Sensei menghembuskan nafas..seolah2 menahan marah.. Fujita sensei yg di gelar "Empe" di kalangan pelajar kosen mmg terkenal dengan amarah nya..Kata2 empe adalah singkatan Emperor..kerana di katakan beliau suka mengarah2 kan guru2 lain dgn lagak seolah2 seorang maharaja.. (sebutan pe dlm perkataan empe adalah seperti sebutan pe dlm perkataan tempe,sejenis makanan dibuat dari kacang soya..)

       Petang itu puas kami di herdik tengking.. kami hanya tunduk mendengar.. Tahun depan kami berdua akan memulakan kajian mengenai hidraulik di bawah tunjuk ajar Empe.. sebagai langkah permulaan,setiap Isnin,diberi masa sekitar 2 jam utk belajar asas dan persediaan memulakan kajian tersebut.Minggu sebelum itu,kami di berikan tesis pelajar beberapa tahun sebelum, dan diminta mengkaji kandungan tesis tersebut..seterusnya..menerangkan apa yg di fahami.. Haram tak faham apa pun..

"Azlan.."

"Haik.."

"Omae,Zo..mita koto aru no?"  [Kamu pernah tgk gajah??]

"Jissai ni mita koto nai des kedo.. terebi dattara,yoku mitemas.. [Tak penah tgk yg betol2..tapi kalo dekat tv..slalu..]

"Zo wa oki yaro??Me ga miru koto ga dekinai 4 nin ga oru to suru." [Gajah tu besar bukan??Bayangkan ada 4 orang buta..]

"Hitori wa mimi sawaru.. mo hitori wa shippo.. ato futari wa sorezore karada to ashi.." [seorang pegang telinga..lagi seorang ekor.. lagi 2,badan dan kaki..]

"Atode,4nin tomo hanashi au.." [Kemudian,mereka berempat berbincang..]

"Matometa hanashi de,Zo wa donna mon ka , wakaru .." [Daripada kesimpulan perbincangan itu,mereka dpt tahu apa sebenarnya "Gajah" itu..]

"Kono ronbung mo sou da!!kimira ni wa kore ga wakaru wake ga nai!!"  [Sama la dgn tesis ni.. Kamu berdua tak kan paham tesis ni!!]

"Datte,zentai wo kurikaeshite yonde mitara.. nanto naku wakaru you ni naru zo.."  [Tapi kalau kamu baca keseluruhan,berulang2 kali..kamu akan paham serba sedikit..]

"Dou shitemo wakarann kattara,kikini kinnsai!!"  [Kalau dah usaha tapi tak paham gak..datang jumpa saya,tanya!!]

"Datte omaera kon!!" [Tapi kamu tak datang!!]

"Nande kon??Azlan.." [Apsal kamu tak dtg,Azlan??]

"….."

"Yoshitake!!"

"….."

———————————————————————-

"Bazlan..lmbat gila depa.."  basyir mengejutkan aku dari lamunan jauh..

"Tu ar.. lambat gila.. depa bnyak jatuh kot bas.. mentang2 ang dah terer..ang belagak no.. bassoku betoi ar.." Aku menyeringai ke arah Basyir..

"Eh..mana da.." sambil se ‘das’ tepukan tangan tekup singgah di belakang..

"Hahaha.." tergelak sendiri melihat  Basyir tak ubah seperti dulu.. masih dgn gaya tersendiri..

———————————————————————-

       Dari Winter Gathering IPIJ.. aku melangkah kaki ke program snowboard ini.. Hari ini hari terkakhir.. Malam ini kami akan ke Nagaoka Kolej.. menghabiskan sedikit cuti di sana.. sedang yg lain, ada yg akan pulang ke kolej masing2.. Rakan2 wanita,ke Tokyo dengar nya..

       Bila bercuti mmg indah.. gelak tawa kawan..rintihan masalah.. kutuk mengutuk.. gosip.. semua ada.. Ada yg manis.. Ada yg pahit.. Namun semua itu indah.. Kerana bila pulang ke kolej.. hanya "sunyi" peneman hidup.. Lain rupanya hidup di sini.. Ada kala cemburu datang bila terbayang rakan yg tidak seorang di kolej kerana di tempatkan bersama teman2 lain.. namun bila melihat sendiri.. hampir sama saja rupanya.. mereka tidak "sekepala".. pada aku,mereka untung..namun pada mereka,aku untung.. Allah itu Maha Adil..

       Waktu cuti begini.. Semua gembira gelak ketawa.. namun waktu persekolahan bermula.. hati menangis siapa tahu.. Bila program cuti begini berakhir.. masing2 akan pulang ke kolej.. perpisahan di platform stesen keretapi lah yg akan menyaksikan detik2 getir sayunya melepaskan teman pulang… kata2 biasa..  "nnti cuti lepas ni jumpa lagi ek.."  "wei,nnti bosan2 call ar.."  "wei,nnti gmbar tu letak kat friendster tau.."  "jgn geli sgt.." akan mengakhiri percutian.. Lambaian sahabat dari tingkap keretapi meruntun hati saat ia mula bergerak.. mata mengekor sehingga hilang dari pandangan.. Setiap pertemuan,ada perpisahan..

———————————————————————-

"Bazlan..tu depa dah sampai.." Basyir menunjukkan kelibat Azizol yg terjatuh2..

"Wei..lmbat gila.."  Aku sedikit menjerit tatkala melihat Amir meluncur dengan gaya board yg melintang.. Sasuga seorang amatur..

Kami teruskan luncuran terakhir Snowboard,Myoko,Nigata ken, 2007..

Dalam keriuhan peluncur2 ski dan snowboard..tanpa sedar aku terlanggar board peluncur lain..

Bukk!!! berguling.. Jatuh…

Rombongan Raya Berbasikal

October 30th, 2007

"Salam Dunia~

      Salam Semua~

             Salam Hari Raya~

                     Bersinar Akhirnya~ "

Dalam mlm yg 18 Syawal ni,tak terlambat rasa nk ucapkan Selamat Hari Raya~ kat sume umat Islam.. Tak kesah la puasa ke tak.. yg penting kita kene raya.. Tahun ni mcm terasa tertarik plak ngan lagu M Nasir..Salam Dunia.. even lagu tu bkan lagu baru,tapi still evergreen..

Lepas balik dari Disneyland aritu..aku diserang selsema..mula2 ingat selsema biasa je,tapi berlarutan smpai lebih dari 3 minggu.. membuatkan aku tergerak hati nk pegi klinik.. bukan ape.. tapi just nk "merasa" klinik Jepun..

Lepas daftar nama kat kaunter,akak klinik tu bagi penyukat suhu badan yg mcm canggih dari pandangan aku.. "Letak dekat celah ketiak ye.." lebih kurang mcm tu la bunyi nya kalau di alih bahasa.. Mula2 terasa malu plak.. "Nak letak celah ketiak..segan nye orang keliling nmpak mcm mengepit ngepit ketiak.." tapi last skali aku kepit kan gak termometer tu kat ketiak.. tunggu punya tunggu.. aku pun tak tau nk tunggu smpai bila.. last2,aku bosan.. aku pun bgi je akak tu balik termometer tu..

Tak sampai berapa saat lepas tu,akak tu dtg kat aku..

"Adik sukat suhu lagi skali boleh?yg tadi tu error la.."

Mula2 akak tu mcm nk tolong letakkan termometer tu kat ketiak aku..tapi aku tolak..aku buleh wat sendiri..

"Takpa..saya buat sndiri.." smbil aku pon kepitkan balik termometer tu..

"Eh,silap.. tak boleh mcm tu.. kene letak dalam baju.. bersentuh kulit.." kata akak klinik..

Baru la aku perasan yg aku kepit termometer tu mcm seorang salesman kepit surat khabar kat ketiak dia.. patut la orang keliling aku takder yg kepit bende tu aku tgk.. rupa nya kene kepit dalam baju.. huhu.. takpe la.. dah tersilap.. nk wat camne..

Mula2 doktor kat klinik tu saspek aku ader sakit pe tah.. so dia sruh aku ambik darah.. n keputusan darah tu dpt tahu dlm 5 minit lebih kurang.. pada pandangan aku agak hebat la.. tapi ternyata aku ni takder sakit teruk.. alhamdulillah.. just selsema biasa yg myb berlarutan sbb skrg tgh sejuk.. kata doktor di klinik itu..

Abis cite klinik,kita cita pasal raya la plak..

Kalo tahun lepas aku kene beraya kat padang sbb ader subjek pendidikan jasmani, tapi tidak untuk tahun ni..Yeah~ beraya bersama geng2 melayu Yamaguchi Daigaku.. Kalo nk compare ngan beraya di Malaysia,mmg la lagi best kat Malaysia.. tapi ni kira ok la gak..Huhu..

Terasa sedikit sedih bila tgk gmbar rakan2 di Malaysia beraya rumah ke rumah kengkawan len.. Time tu mula la terbayang zaman kanak2 dulu..especially time skolah rendah.. berbasikal dari rumah ke rumah.. tengah2 hari pun jalan dlm panas2 terik..

Tujuan utama beraya time skolah rendah adalah nk dpt duit raya.. tu matlamat zaman kanak2.. skrg tak la kot.. kadang2 klau raya rumah yg takder duit raya tu.. mcm ade kata hati "Ish,rugi betol raya rumah ni..bek raya rumah orang len..dpt duit raya agak nye.."  Rumah cikgu2 dan ustazah2 adalah rumah2 yg mnjadi tarikan Rombongan Raya Berbasikal.. Time aku kecik2 dulu.. Nak pegi rumah tu,tapi takut nak masuk.. sapa yg nk bgi salam pun sampai kene juz.Sape kalah dia bagi salam.. Kalau aku yg kene,msti aku jerit salam pelan2 je.. tak tau ar sbb ape.. nk kata malu,entah la.. tapi kalau malu,baik tak yah beraya.. tapi kalau tak beraya.. tak dapat duit raya.. Haha.. Alahai~ Kanak2..

Raya last sbelum fly datang sini.. aku teringat.. ada satu hari tu,dekat rumah.. adik aku,Ain.. ada kawan dia.. Rombongan Raya Berbasikal..bebudak lelaki.. dtg rumah.. kalau tak silap time tu kitorang tgh tgk tv.. ttibe je dia sebut.. "Alamak.." then lari masuk bilik ke pegi dapur tah.. tinggal aku kat ruang tamu masa tu.. Rombongan Raya Berbasikal pun bagi salam..

"Assalamualaikum~"

"Kitorang datang nak raya~"

Aku dah tergelak2 dah..walaupun bgi Rombongan Raya Berbasikal tu,tak lawak langsung..tapi aku gelak je suka ati aku..

"Nak raya?? Kawan sape sume ni??" bertanya walaupun dah tau..

"Kawan Ain.." balas Rombongan Raya Berbasikal..

"Angah.."  terdengar suara Ain panggil secara berbisik dari celah2 langsir..

"Ha.. knapa? Ajak ar kawan Ain masuk.."

"Angah ckap ar Ain takde.."

"Hahahaha.." aku tergelak2..

"Tak mo..takmo.. ape ar.. penat2 diorang dtg.Ade ke nk sruh diorang balik plak.." smbil aku tergelak2 lagi..

"Eii Ain..ajak ar diorang masuk..eii~ tah pape tah.." smbung Dikna ngan Along..

"Ain malu la~"

"Angah taknk ckp.. suruh ar Along ke Dikna ke.." smbil aku tahan2 gelak n masuk bilik..

"Along taknak.."

"Eii Ain,ajak je la masuk.." balas dikna lagi..

Kemudian.. semua pun berlalu meninggalkan Ain yg dah nak nangis..

Dari dalam bilik.. terngiang2 suara Ain.. "Wei..masuk la.." ringkas..lagi pendek.. tapi cukup membuat aku tergelak.. Hahaha..

Masa tu.. aku teringat zaman kanak2 aku dulu.. sama je la mcm Ain.. teringin nk raya rumah bebudak pmpuan.. tapi malu2 kucing.. hahaha.. pastu klau ade budak pmpuan datang.. mcm malu2 nk layan.. haha.. sebijik mcm keadaan Ain masa tu.. (ade budak pmpuan dtg ke dulu ek??)

Aku bangun tinggalkan katil..niat nk intai2 sape kengkawan Ain yg datang tu.. Tgk2, diorang tgh makan kuih smbil tgk tv.. tapi Ain mana?? Tup2,terperasan Ain dlm bilik mak tgh termenung sorang2..

"Eh,apsal tak layan kawan Ain??" smbil aku tahan gelak lagi..

"Ala~ biar la.. lagipun.. Ain mcm bermalu la.. haha.."

"Haha..wei,tak baik ar..tak ckp pape pun..gi je la makan kuih same2 ngan diorang.."

Ade la lagi perbualan ngan Ain lepas tu tapi last2 Ain pegi gak mkn kuih ngan bebudak tu.. Tapi tak smpai berapa minit lepas tu.. Ain pegi dapur plak.. "pura-pura" sibuk tolong mak.. Hahaha.. aku dah malas nk kata apa.. lagipun taktik tu aku pun mcm penah guna dulu2..  dan sama mcm aku dulu,bila budak2 tu nk balik.. tuan rumah akan panggil mak or bapak..

"Mak.. diorang nk balik.."

dan Mak or Bapak pun akan mencari duit raya utk bagi kat budak2 tu.. Indah kan hari raya untuk insan bergelar "kanak2".. Zaman kanak2 dulu.. ke"sengsaraan" berpuasa amat lah di rasai kalau nk di banding kan dgn keadaan skrg yg dah berumur 21 ni.. terasa lapar nya berpuasa.. n bila berbuka.. msti ada mcm2 "habuan".. Tegukan pertama air tebu lepas azan maghrib tu mmg tak bleh bayang nikmatnya.. Alahai~ Kanak2..

Seronok jadi kanak2 ni.. hidup tenang je.. bnyak mana kerja rumah pun,relek je leh men bola petang2 smpai maghrib.. tak der nk runsing2 pasal kerja rumah.. even cikgu sekolah rendah dulu garang2.. klau nk compare skrg..takder kerja pun tak mau gi men bola.. dok bilik je men friendster.. huhu..

Srot.. Srot.. bunyi idung ni.. eii sabar je la.. teringat ade satu hadis bgtau.. nikmat besar tapi slalu dipandang ringan adalah nikmat masa lapang n nikmat kesihatan.. bila dah sakit2 mcm ni baru la terasa bnyak buat dosa.. huhu.. takpe la.. bgus gak dari dah sakit2 tapi tak insaf2 gak..

Ok la.. Slamat Hari Raya n Maaf Zahir Batin..

Ahmad Jamungi..

September 25th, 2007

Hoii!!ok..tu je first word utk post kali ni.Emm..camne nk mula ek.Program cuti musim panas berjalan seperti yg di jadualkan.Intenship dekat Hiroshima berakhir dgn jayanya.Takde ape nk diceritakan sbb suma nya biasa2 je.Then,balik malaysia.Pastu pegi Hokkaido.Gi Hokkaido aritu best gak la.Memula ingatkan bosan je sbb pegi ngan bebudak Jepun.Tapi rupanya ok gak la..Orang melayu kata,"Boleh la~"..Tinggal program Disneyland je yg belum.

Yo!!Word first utk perenggan kedua.Pepatah melayu kata,"Hujan Emas Negeri Orang,Hujan Batu Negeri Sendiri,Baik Lagi Negeri Sendiri.." Kalau dulu,kecik2,aku penah tanya mak aku ke cikgu tah pasal mksud pepatah ni.Tapi lepas diterangkan pun aku still tak paham.Sebab pe elok negeri sndiri plak?sedangkan hujan emas tu kat negeri orang?Haa.. Sekarang,barulah kene balik kat batang idong sndiri.Bukan la nk kata yg kat sini tak best.Tapi tak la seseronok hidup di Malaysia..

______________________________________________________________

Petang itu sekitar pukul 6 di rumah..

Jari jemari menekan2 remote astro mencari cerita best..

Bunyi motor kris memberitahu yg abah sudah pulang dari kedai..

"Ha.. cuba ko bukak wrestling, ngah."

"Wrestling?Mane de wrestling petang2 ni?wrestling msti ar malam2.."

"Ya Allah.. iye.. ko tak caye.. cuba la bukak.. cuba tgk 80.."

Aku tekan 80..

"Ha.. takde.Mane de wrestling siang2.."

"Eh?cuba 82.Ade.. cube 82"

Kali ni ku tekan 82.

Terpapar program wrestling TNT..Terkejut..tak sangka petang2 begini ada wrestling..

"Ha..ko tgk.Dulu mak ko pon tak percaya abah kata wrestling ada petang2.." Abah tergelak gembira kerana ada wrestling..

"Sejak bila plak ade wrestling petang2.. " Aku masih bingung tak percaya..

"Memang.. abah yg suruh dia buat.."

Berderai gelak..sejak bergelar pesara bulan 6 lalu abah lebih bnyak menghabiskan masa di rumah..wlaupun telah memulakan bisnes kecil-kecilan.

Tak semena2 muncul seorang ahli wrestling bertubuh sasa di tv..

"Ko tau sape nama dia ngah?"

"Entah..orang baru ni..mane angah kenal."

"Ahmad Jamungi."

Mak yang baru dtg dari dapur juga tergelak..Aku juga sama..Bagaimana seorang ahli gusti mat saleh boleh bernama mirip seorang berketurunan Jawa..

"Ya Allah mak engkau.. cuba tgk.. jap lagi dia kluar nama orang tu.. ko tgk ye ngah.."

Kami bertiga menumpukan perhatian di Tv..

"Hahahah.." serentak aku,mak dan abah tergelak besar bila mengetahui nama sebenar ahli gusti itu..

"AJ Style"

______________________________________________________________

Sejak adik yang last meninggalkan family dan duduk di asrama,mak dan abah berdua saja di rumah.. Suatu tgh hari aku keluar berdua dgn abah ke supermaket baru di pekan banting..

"Megah skrg dah pindah sini ngah.."

"Ooo.."

Kami masuk ke tingkat yg menjual barang makanan.. Aku akhirnya membeli aiskrim pelangi.. paddle pop. Lama betul tak makan paddle pop.

"Supermarket ni takder jual baju2 ke bah?"

"Eh,ade.."

"Tingkat berapa?"

"Atas kot.Jom kita naik.."

"Tangga nya mane?"

"Eh,mane ye.."

Kami berpusing2 mencari tangga ke tingkat atas.. namun hampa.

"Tak de la kot ngah.. abah pun dah lupa.."

"Emm..takpe ar.Bukan nk beli pun.Nak tgk2 je.."

"Balik la jom.."

Sewaktu turun eskelator,kami terpisah dek beberapa orang seakan indon yg berpusu2 hendak turun.. Seketika kemudian aku lihat abah seolah2 berkata2 dgn salah seorang mereka..

Tiba di dlm kereta..

"Ngah.. ko jalan mane tadi?"

"Ade je blakang abah tadi.Nape?"

"Takde la.. abah ingat ko sbelah abah.."

"Eh,tak.Angah jalan blakang sikit tadi sbb ader orang macam indon ramai2.."

"Tu la.. Ko tau.. Abah ingat ko kat sebelah.. abah cakap ngan orang sebelah tu.. "Ngah,lain kali kita pegi Tesco.Lagi lawa baju dia.." Sekali abah pandang sebelah.. Huwala.. bukan engko!"

"Hahaha.." berguling2 aku gelak time tu..

"Malu betol la abah.Orang indon tu pulak tersengih sengih.Huala.. Wes Tapok Sedengan!!(Pukul kang tau la..) *tak brape pakar bhasa jawa.klo silap sorry ar..

Abah dgn bahasa jawa nya..Sehingga saat ini aku masih tergelak andai teringat peristiwa itu..

Malam itu.. Mak memberitahu ada tingkat atas untuk ke bahagian pakaian.. cuma tangganya yang seakan tersorok mungkin menyebabkan kami tidak terjumpa.. Huhuhu..

______________________________________________________________

Sebelum balik ke Jepun,kami bertiga ke the store mencari barang makanan yg hendak aku bawa pulang.Barang terutama yg aku cari,pasti nya paket kuah segera Brahim.Senang saja,cuma masukkan ayam atau daging,dan sedia di hidang.Hahaha

"Angah nk yg mana?pilih la lekas.. kang suruh abah bayar.." Mak bersuara sedang abah entah kemana waktu itu..

"Ha..tgh pilih la ni.."

Bila tiba hujung2 cuti di Malaysia,mula lah mencari barang makanan.Waktu itu akan terasa tak bermaya sbb merasakan singkat nya cuti di Malaysia.. serta bayangan kehidupan Jepun yg tak `setanding` budaya Malaysia yg dah sebati di diri..

Tetiba abah datang ke arah kami..

"Jumpa dah ngah?Tahir.."

"Tahir?" Mak kehairanan..

"Tahir?Tahir mane plak ni.." Aku tergelak seolah dpt mengagak..

"La.. mak engko.Tadi kata cari Tahir nk bagi budak ni bawak balik.."

"Mana pulak Tahir.. Brahim la.." Mak membetul kan.

Aku masih tergelak.. hingga hari ini.. juga saat ini..

"Lebih kurang la tu.. " abah tak mahu mengalah..

______________________________________________________________

Indah nya hidup di Malaysia.. ada abah ada mak.. Andai kita mampu bermanja bersama ibu dan bapa,hargai lah nikmat yg di kurniakan itu..

Selamat Berpuasa..

Ibarat Tayar Basikal..

August 10th, 2007

Wopp!!..pmbuka bicara..

Mlm ni aku sorang2 kat sini.. asrama kolej teknikal tokuyama,yamaguci,Jepun.. budak mongol dah gi tokyo,dak vietnam lak gi tido umah okasan ngan awek dia.. kita plak,latar masyarakat yg tak berawek,tidor sorang2 le.. huahuahua..

Arini baru 10hbln.. gi intenship kat hiroshima lak 26hbln.. esok smpai 26hbln tu aku tak tau nk watpe.. nk jalan2 gi kosen orang len,terpikir2 lak kene save sbb cuti summer ni dah guna bnyak duit.. abis intenship nnti nk balik Malaysia,then kene balik sini balik tgh2 bulan 9 sbb ader rombongan kelas gi hokkaido.. ingat kan aritu cam malas nk pegi,tapi dah sensei kata "Kalo awak tak pegi..tak lengkap la kelas ni.." So,pegi je la~ wlaupun kene bayar lebih kurang sama harga tiket gi balik Malaysia.. Pas abis rombongan,nk gi Tokyo plak.. plan gi disneyland.. ntah jdi ke tak.. Pikir2 balik.. buleh abis dekat 8juta gak cuti summer kali ni..huhuhuhu..

Time2 panas camni.. teringat lak summer tahun lepas.. cerita bawang aku jatuh bergolek.. huahua.. bila petang2 lalu jalan tu balik.. teringat lak kisah tu.. sbb skrg ni cuaca n keadaan tu sama.. terbayang2 muka dak yg hulur bawang tu.. haha.. ape nk jadi masyarakat skrg.. bawang pun bleh jatuh.. lawak betol ar..

Aritu,masa kat kelas.. Belajar subjek mekatronik.. yang ajar tu nama dia..Suzuki Sensei.. tinggi dia dekat 182cm aku rasa.. umur muda lagi.. baru start mengajar kat kolej aku ujung tahun lepas..

Alkisah pagi tu.. sekitar pukul 9am.. belajar pasal "Filter".. Satu alat or litar yg membenarkan frekuensi tertentu jer mengalir.. (kalo tak silap ar..).Sebagai contoh filter,Suzuki pon bawak satu bender yg slalu guna kat gitar karen.Aku pon tak tau la plak ape istilah nama alat tu..tapi bende ni bila pijak,bunyi gitar karen tu jadi lain skit..saper men gitar karen tau ar kot..

Motifnya dia bawak bende tu sbb nk tunjuk kat student,apekah yg dikatakan dgn filter..n mcm mana bentuk litar filter tu yg sebenar.. So,bende alah filter ni di pass kan dari student ke student yg lain~ Memandangkan subjek Suzuki ni tak perlu menyalin,sbb dia bgi nota,ramai la bebudak yg tak la tumpu sangat.. secara tak sengaja nya,termasuk la aku skali.. huhuhu..

Sedar2 je.. bende filter tu dah smpai kat tmpat aku.. Ambik ati Suzuki,aku pun belek2 la bende tu.. "Oohh..ini rupanya filter.." Bila dah pegang bende tu baru terasa cam berminat lak nk usha2 lama skit.. Puas belek2,aku letak la atas meja aku..niat nk usik orang depan,n pass kat dia..

Tapi..tetiba,aku terperasan ader satu pik gitar kat sebelah filter tu.. pik tu bende yg orang guna wat petik gitar..for saper yg tak tau la.. "Tak sangka Suzuki pun reti main gitar gak.. ingat kan dia pinjam filter tah sape2.." Begitulah lebih kurang detik hati aku masa terpandang pik tu.. Dah la pik tu pik murah.. pastu mcm dah season plak..   Disebabkan pik tu mungkin terjatuh dari filter,aku pun menyelitkan kembali pik tu dekat filter kaler oren tu.. pastu,aku cuit bahu shigemune..

"Agak nye pik ni sensei punye.. terjatuh dari filter masa smpai dekat aku kot.." tu lah jawapan aku saat shigemune tanya pasal pik tu.. n filter tu terus la di pass kan sehingga last skali kmbali ke tangan Suzuki..

2,3 hari lepas tu.. macam biasa bila buhsan, or tension.. aku akan ambik gitar n men la tah hape2 lagu.. mengadap pc n duduk atas kerusi meja komputer.Meja tu la tmpat men komputer,meja tu la tmpat studi,meja tu la letak kopi,letak handset..sume meja tu.. Waktu nk petik gitar tu.. aku tercari2 sesuatu yg berbentuk segitiga.. Dan saat itu juga lah aku menyedari bahawa sesungguh nya.. di meja itu juga lah,PIK kesayangan ku tidak kelihatan..

Pik tu aku cari bawah meja,bawah mouse pad.. sume takde.. Pikir punya pikir,baru la teringat.. "Suzuki.."

Time tu la aku terbayang..muka Suzuki tgh senyum tatkala dia dpt filter yg disertai PIK berkaler oren belang2 itam.. Patut la masa aku belek2 pik tu.. aku terperasan,apsal la Suzuki nyer pik sebijik cam pik aku.. n aku leh kutuk2 lagi Suzuki pakai pik murah..

Ntah la.. aku pun tak tahan gelak.. aku rasa myb pik tu aku termasuk skali dlm pencil case n bawak gi kelas.. n scara kebetulan,pik tu terkeluar dari pencil case betol2 dekat ngan filter masa bende alah tu smpai kat tmpat aku.. ataupun.. pik tu terselit kat celah2 buku mekatronik.. so pagi tu pik tu terkeluar dari buku,saat filter tu smpai dekat aku..

Hahaha.. ape la aku ni.. tapi kira halal la.. sbb pik murah lagipun..huhu.. Bila terjadi bende ni,aku teringat lak masa kat Samttar(sekolah sblum aku masuk KISAS) dulu..

Masa tu..tingkatan 2.. tgh hari..sblum balik,subjek ape tah,tak ingat.. ustazah bawak satu kelas sbyg zuhur kat surau.. Dipendekkan cerita, lepas bagi salam.. aku jumpa 4ringgit kat sebelah aku.. 4ringgit duit syiling.. dalam hati aku,mungkin ader orang tercicir duit kot.. huahuahua..

Maka.. dgn muka seorang budiman dan berpekerti mulia.. aku pun pass la duit tu kat ustazah sambil berkata.. "Saya jumpa kat tepi saya lepas sbyg tadi.. mungkin ada orang tercicir agak nye.." Ustazah pun tanye la kat sume orang mane tau ader saper2 yg tercicir duit.. memandangkan takder yg mengaku..ustazah pon mensedekahkan duit tu kat tabung surau..

Waktu balik,masa tunggu bas..aku tgk wallet.. niat nk keluarkan duit syiling buat tmbang bas.. "Eh,apsal sikit je duit syiling dlm wallet ni?" Haa.. baru lah tersedar.. tak puas hati,aku pon seluk kocek kiri kanan,even dah terasa nk gelak kan diri sndri.. Tak ingat plak aku guna duit sape bayar tambang bas petang tu..

Tak sangka lepas beberapa tahun,kejadian yg hampir sama berulang walaupun dalam situasi n keadaan yg berbeza.. Macam ni la hidup manusia.. kita kadang2 tak sedar kehidupan ni sebenar nye ulang2.. Bende yg dah jadi,sebenarnya akan jadi lagi skali.. cuba pk n ingat2 kan balik.. msti ader nye.. even tak la sebijik sama.. tapi mirip2, n myb dalam situasi yg sikit lain..

Macam tayar basikal.. cuba ambik makerpen,conteng sikit tayar tu.. pastu pusing.. nnti msti bahagian maker tu dtg balik kat kedudukan asal.. kedudukan mula2 tadi masa korang tanda ngan makerpen.. haa..camtu la hidup ni.. macam tayar basikal..

Pikir2 lah~~

Pakcik Bank

July 20th, 2007

Ntah pusingan yg keberapa tah pen tu berpusing menari2 di jari jemari..
Aku pandang keliling.. Ootani terletak kepala atas meja..tidur..shigemune di depan terhangguk2..juga tidur.. aku ambil calculator..
"No telefon pejabat abah.. campur.. no telefon pejabat mak.. campur no telefon rumah.. tolak ..no telefon norini.."
"sama dengan.."
"emm.. pastu darab 0"
Aku lemparkan semula pandangan ke papan hitam di depan..
Ishida sensei.. ape bende la dia ckp sorang2 tu..
Aku cuba pahamkan ape yg di ajar sambil menyalin nota.. tanpa di sangka dia padam papan hitam dan tulis nota yg selanjutnya..

Bengang.. tapi salah ku juga sbb malas menyalin dari awal.. kali ini ku ambil pula kamus elektronik..
"Mari kita cari perkataan ini.. LIPAN-GURUN.."
Ternyata tiada dlm kamus..

Aku selak cermin tingkap di sebelah kiriku..
Terasa nyaman di tiup angin..
Kelihatan kecil rumah2 dan bangunan yg memenuhi bandar tokuyama..
Melayang.. Berangan2..

Kehidupan skrg klo nk dibandingkan dgn kehidupan tahun lepas sgt la berbeza.. terutama dari segi pergaulan dgn orang Jepun yg boleh
di katakan agak bangga dgn kaum,bahasa dan kemajuan diorang.. Walaupun mmg di akui hakikat betapa diorang ke depan dari kita..
Itu mmg tak bleh nk dinafikan..

Klo dlu dgn murakami.. pandang muka pon rasa menyampah.. pe lagi nk mintak tolong or tanya soalan.. jangan skali nk meniru assigment
or report.. tapi tahun ni.. murakami la tempat nk buat lawak.. muka kecik tu juga la yg tanya aku dah start studi utk xm ker belom.. cuti summer
nnti nk buat aper..n mcm2 lagi.. sampai kan aku ngan murakami dah buleh men cucuk2 perut.. bertepuk tampar.. buleh kutuk2 dia kecik la
n kutuk tah aper2 lagi.. kadang2 rasa best plak..tapi murakami pun ader mood dia gak.. klo mood dia tak baik.. makin menyampah lagi ader ar..
ngan orang len pon rasa dah mkin baik.. terutama dak asrama..
dah bleh pegi bilik diorang even takder hal.. just saja datang wat lawak.. dekat kelas plak..  mcm dah ader keyakinan.. dah berani nk tegur
diorang.Klo dulu.. pk 20 kali pon cam tak tegur gak last skali even ader bender nk tanya.. kenapa? sbb cara dia layan kita.. mcm nk tak nak..
mmbuat kan kita tak der keyakinan n fed up.. tapi tahun ni.. bila dah tegur2 bnyak kali.. kadang2 diorang plak yg tegur kita.. so lama2 rasa
mcm dah boleh terima keadaan tu.. dkat kelas pon dah berani pinjam n tiru kerja tah sape2 tah.. men mintak jer.. satu keadaan yg berbeza klo
compare ngan dulu.. tapi.. ape2 pun.. orang jepun still orang jepun.. betapa baik pon dia ngan kita.. ader had nya.Takkan sampai baik mcm kita
baik dgn geng2 melayu kita.. Itu hakikat..lagi satu yg paling ketara sekali.. jangan samakan orang jepun hari ni,dengan orang jepun esok..
Kalo hari ni kita bleh men2 bola ngan dia,men congkak ker,jalan2 ke,makan nasi sama2.. tapi esok,ader kemungkinan kita ni seolah2 dia
tak kenal..selisih tepi jalan pon rasa mcm selisih ngan lipan..buat tak tau jer.. hahaha.. biasa la.. pengalaman mendewasakan kita..

Hari tu aku ngan kairudin pegi bank yg dlm supermaket The Mall,Bandar Kudamatsu.. sbb nk bayar insuran kesihatan..(pelik plak bunyi nyer bila tukar
bahasa melayu..).First time berurusan ngan orang kat bank tu sbb sblom ni klo dtg nk cucuk duit jer kat ATM..First orang tu tgk aku dia dah tgk
cam pelik.. senyum baik semacam..

"Kenkou houken haraitaindesu kedo.." {Saya nk bayar insuran kesihatan..}

"Erk..nihonggo dekimasu??"  {Erk..boleh berbahasa Jepun??}

"Haik..Tokuyama Kounsen de benkyoushitemasu kara.." {Ya.. sbb saya belajar di Kolej Teknikal Tokuyama..}

"Sugoi naa!!nihonggo dekiru nante.." {Hebat lah boleh berbahasa Jepun..}

"Iya..iya.. sonnani jyouzu jyanai desukedo.."  {Takde la.. bukan nye fasih sgt pun..}

"Iye..iye.. jyouzu desu.. nihonggo muzukashi desu yo.. nihongjin demo tamani nihonggo wakaranai baai mo aru yo..{Tak..Tak.. Fasih la ni..
bahasa Jepun mmg susah.. orang Jepun sndri adakala nya tak paham bahasa Jepun..}

"Ma.."  {Emm..}

2 pekerja perempuan keluar ke kaunter..

"Nihonggo dekimasu?" tanya salah seorang kepada pakcik tadi..

"Dekimasu yo.Umai yo.Watashi yori umai yo.." {Boleh.. Fasih plak tu.. lagi fasih dari saya..} Pakcik bank mengada2..

Aku senyum jer.. kairudin kat sebelah dah tersengih2.Tak tau apsal.. gila kot..

"Ehh.. mukou de narande ta ndesuka?nihonggo wa.." {dah belajar bahasa jepun dekat sana(malaysia) ker?}

"Tokuyama kousen no gakusei yo.. nihonggo dekinakattara kousen ni haereru wake nai jyanai desuka.." {student tokuyama kosen..
kalau tak bleh ckp jepun takkan la boleh masuk kosen..} Pakcik bank tolong jawabkan..

"Mukou de 2 nen kang gurai nihonggo benkyoushite, kokoni kimashita.." {belajar bhasa jepun kat sana 2 tahun, then dtg sini..}

"Aaah.. mukode benkyoushita ka.Naruhodo.." {Oh..dah blajar kat sana.. Patut la..}
Pakcik bank bersuara lagi..

"Sugoi.." {Hebat..} Akak yg sorang lagi plak memuji..

"Iyek..iyek.." {Takde la..}  Ayat biasa..

Dipendekkan cerita.. Pakcik bank tu mintak tolong aku ngan kairudin tulis kat kertas, ayat english untuk bgtau kat foreigner mengatakan
bank tu dah tak menawarkan perkhidmatan tukaran wang asing.. pakcik bank kata kadang2 ader foreigner dtg nk tukar duit tapi bank tu
takder perkhidmatan tu so dia tak tau nk ckp camne..tapi last skali ntah mcm mana foreigner tu paham gak..so aku ngan kairudin tolong la tulis..
wlopon aku rasa cam tak yakin je ngan ayat yg aku tulis tu.. tapi pakcik tu dah terasa aku ni amatlah berjasa.. huhu..

Memandangkan kairudin dtg sbb ader urusan handset ngan syarikat handet Softbank,so aku sruh kairudin pegi kedai Softbank yg kebetulan
sebelah bank tu..Lepas abis bayar insuran kesihatan,aku pon keluar dari bank tu smbil pakcik bank memekik perkataan terima kasih sekuat ati
dia..Haha.. dlm hati aku terpk.. ade gak orang baik kat Jepun ni..Sekali aku teringat yg aku ader tergerak ati aritu nk buat kad kredit.. so aku sruh
kairudin gi dlu softbank smntara aku patah balik kat bank.. jmpa skali lagi pakcik bank..

"Eto.. krejitto kaado tsukuritai desukedo.. dekimasuka ne?.." {saya nk buat kad kredit..boleh ker ye?}

Dengan senyuman.. pakcik bank pun bertanya sama ada aku ade akaun bank mana2.sbb klo takder akaun mmg tak bleh buat..
So aku pun tnjuk la buku akaun bank aku.. yg sememangnya akaun bank tmpat pakcik tu kerja..

Dengan penuh perasaan dan muka yg terharu amat sangat, pakcik bank pun berkata..
"Arigatou gozamasu.." {Terima kasih..}  just sbb aku buat akaun kat bank dia..
Aku pun senyum je ar.. Then pakcik bank kata dia try telefon orang atasan nk tanya boleh ke tak student cam aku wat kad kredit..
Dia masuk dlm n call.. dari luar aku nmpak cara dia ckp mcm merayu2.. so aku dah rasa mcm tak bleh..

Pakcik bank keluar n dgn muka hampa..dia kata..
"Hontouni moshi wake arimasen.." {minta maaf sangat2..}
"Iye..iye.. omoi dori desu.."  {takpe2..saya dah agak dah.}
"Yappari..gaksei dakara..chotto..dekinai mitai nan de.."  {dikatakan, student tak boleh buat..}
"Daijobu desu.. wakarimashita.."  {takpe2..saya paham..}

Aku mmg dah agak sbb tak bnyak bank yg benar kan student buat kad kredit sbb belom ada punca pendapatan tetap..
so aku pon berlalu keluar dari bank tu ke kedai softbank sebelah sambil pakcik bank skali lagi menjerit..
"moshi wake arimasen.."
Aku senyum je..

Bila pk2 balik.. hebat juga aku ni rupanya.. buleh ckp jepun.. hahaha..
Aku pun tolong kairudin ngan urusan telepon dia.. tgh best2 mendengar penerangan akak softbank.. ttiba ade orang tepuk blakang aku..

"Keitai desuka?"  {Handset ker..?}
Sambil pakcik bank tersenyum2 menegur aku..

"Aa..Haik..keitaidesu.."  {ye..handset..}
Aku terasa pelik lak apsal pakcik bank tegur aku smpai mcm tu baik skali..

Lepas tu pakcik bank berlalu dgn senyuman..
Aku still tak paham.. tapi biar la.. orang nk buat baik ngan kita.. kita layan baik gak la..

Dalam dunia ni..bukan nye semua orang jahat.. bukan semua orang tak baik.. tapi bila kebanyakan nya tak elok.. satu masyarakt dia kita pndang
tak elok..
Sama la mcm kita..bila skali orang tu wat tak baik.. dah rasa benci.. tapi betapa bnyak dia buat baik kat kita..tak penah kita nk kata terima kasih..
Bila datang sini.. datang jepun ni.. rindu mcm2..
Rindu kat family.. rindu kat Malaysia.. rindu makanan malaysia.. masakan mak.. n rindu kengkawan..
Bila tgk kengkawan jepun yg tak best.. Baru la terasa best nyer kengkawan Malaysia.. Baru la terasa betapa baik hati nya rakyat malaysia..
Oh indah nya Malaysia ku..

Tetiba tersedar.. berangan rupanya aku ni..
Tgk papan itam.. still tak paham.. makin tak paham.. Aku pun letak kepala atas meja.. wat2 tidur even mata tak mengantuk..
Emm..

Diari Hati…

June 23rd, 2007

Tak semua orang ader diari.. tapi sbenarnyer diari ni la yg buat kita leh kenang masa silam kita.. Bila kita dah tua..kenangan manis masa skolah.. masa muda remaja..zaman bekerja.. sumer ada dlm diari..klo tulis diari la…Tak rasa best ker kalo ader diari..Emmm…

sambung kat  http://ultralan.wordpress.com/

penat gila wat blog baru..

Dua Dunia Berbeza

June 4th, 2007

   Keadaan panas terik petang itu mmbuat kan Pitin gelisah.."Bila la bleh kuar dari tanah gelap ni..sampai bila nk tunggu…" Pitin mengomel sendiri.. sambil melihat cahaya bulan dari celahan rekahan tanah..  "Kau jangan pandai2 nk kluar Pitin.. Bahaya kat luar tu.. Ko ape tau? Baru sebulan dua kau lihat dunia ni kau dah pandai nk melawan kata Mak.. Ko dengar kata Mak kau ni Pitin.. Bukan Mak saje2 nk larang kau.." Terngiang2 kata Cik Surih,ibu kandung Pitin.Berputar ingatan Pitin mengenangkan kata2 ibunya siang tadi bila dia membantah larangan ibunya itu.. "Mak tau kau dah besar..dah boleh bawak diri..tapi kau tak tau dunia luar tu macam mana..kau tak tau Pitin..kau tak tau!!" linangan air mata Cik Surih tak terbendung lagi..tak disangka satu2 nya anak kandungnya itu sanggup melawan kata2 nya petang itu.. "Mak,Pitin bukan saje2 nak bantah cakap mak..tapi Pitin rasa klau Pitin duduk terperap dlm tanah ni jer..sampai bila2 pun Pitin tak belajar aper2..beku otak Pitin ni mak.." Pang!!! Tangan kerdil itu ‘menjawab’ kata2 Pitin.  Sunyi…

_______________________________________________________

"Hahaha..lawak gila lawak gila.." Amat gelak sendiri di depan skrin komputer.. Suara dekahan itu mungkin mengganggu tidur Manggul di bilik bersebelahan..Tiba2 Amat berhenti gelak secara mengejut.Jari nya pantas menekan keyboard komputer.. [Wei,klo orang tau aku gelak sorang2 pagi2 buta depan komputer ni..msti orang ingat aku gila..haha..ni suma ang punya pasai la ni..hahaha]..diam seketika.. "Hahahahaha…" kali ini lebih kuat dari yg tadi.. jam di telefon bimbit menunjukkan pukul 2.30 pagi.. [Wei,aku nk smbyang subuh sat..kang aku chat ngan ang balik..] Lantas pintu bilik di buka.Niat hendak ke bilik air mengambil wuduk.. Belum pun keluar pintu..Amat kembali duduk di katil.. "Tetiba rasa seram la plak.." Amat mencapai gitar hitam itu..lantas memetik nya dan menyanyi sendiri..

_______________________________________________________

   Pitin masih merenung bulan.. "Kalau aku tak mengorak langkah sekarang..sampai bila2 pun aku takkan tau apa yg ada di luar sana.Aku mesti pergi.Ya!.Aku mesti!!" Pitin mengalih pandangan nya dari bulan yg ditenung sejak tadi.. mengorak langkah ke bilik Fartis..isteri kesayangan nya.. dia duduk di sebelah sekujur tubuh panjang yg terbaring nyenyak di ulit mimpi itu.. "Kenapa abg msti pergi?!kenapa bang?Tak cukup ke hidup senang kita sekeluarga dalam tanah ni?!Abg tak sayang saya?ckap bang!!cakap!!"  "Bukan macam tu Fartis..abg sayang..tapi abg nk tgk dunia luar tu macam mane..Fartis paham tak..klau dunia luar tu lagi mewah dari dalam tanah ni,kita boleh hidup di luar sane..Fartis,abang dan emak.. kita bina hidup baru di luar sana.." malam itu Fartis akhiri katanya dgn deraian air mata seraya berkata.. "abg pergi lah..ikut lah gerak hati abang.. Fartis sentiasa doakan abg berjaya.." lantas berlalu meninggalkan Pitin sendirian.. Pitin tersedar dari anganan.. "Abang pergi dulu.. Fartis ku sayang.."

_______________________________________________________

   Perlahan2 Amat memusing kepala paip itu..di basuhnya muka.. sambil membaca niat dlm hati.. Kemudian.. disapu nya air dari tangan ke siku.. sedikit pun tidak di dongakkan kepala nyer ke atas..memandang kan di hadapan nya cermin..macam2 ingatan tentang cerita hantu melibatkan cermin bermain di kepala nya.. selesai membasuh kaki..Amat terus berlari ke bilik nya..tanpa menutup lampu koridor yg di bukanya kerana tidak mahu kegelapan.. "Fuhh..lega gila berjaya ambik wuduk.." Tidak seperti hari2 lain, pagi itu Amat berjaya mengerjakan solat subuh dalam waktunya..sekitar pukul 4.00 pagi.. Selesai salam,Amat melipat sejadah..kembali ke meja komputer.. [Yeah!!aku kembali..hahaha..]

_______________________________________________________

   Kali ini Pitin ke bilik ibunya..di tatap wajah itu jauh ke hingga ke dasar hati.. "Pitin dah besar nnti,jaga mak.. Jangan abaikan keluarga.. ingat pesan ayah baik2 ye nak.." Terngiang2 kata Pak Yatil  tatkala bapanya itu meninggalkan mereka lebih sebulan yg lalu.. Pitin merapatkan mukanya ke wajah itu..lantas di kucup nya dahi hitam yg pernah berkerut kerana bimbang akan dirinya.."Terima kasih mak..Maafkan Pitin.. Pitin pergi dulu.. Pitin sayang mak.." perlahan.. seakan berbisik sendirian..  tanpa sedar.. airmata Pitin tumpah.. setitik demi setitik.. Namun.. langkah tetap di orak..

_______________________________________________________

   [Wei..siot ar..ang wat aku tak studi malam ni..tak guna betoi..] .. "Hahahahah…" Dekahan buat kesekian kali nya.. "Aiii..tak ngantuk plak mlm ni..dah kol 4 lebih dah.." buat kali yg ke berapa tah mengomel sendiri.. Amat mencapai gitar.. "Terimalah sebuah lagu dari saya,  Ayah Ibu Anak..nyanyian asal dari Baji.. Dengarkan…" Jari jemari Amat mula ligat menekan not gitar sambil suara di lontar nyaring walaupun hakikatnya tiada siapa yg ingin mendengar.. "Ra ra re ra re ra re ra…"

_______________________________________________________

   Pitin cuba bergerak dlm cahaya bulan dinihari itu.. Ke mana hendak pergi, dia sendiri tidak tahu..ape pun, dia perlu mencari di manakah dunia yg dikatakan merbahaya oleh ibunya.. Tiba2.. Pitin tertarik akan suatu cahaya yg terang.. Sangat terang.. Lebih terang dari bulan malam itu.. "Mungkin itu dunia sebenar.. Itu lah tmpat yg aku harus tuju.." Langkahan kaki nya yg ramai itu semakin laju.. di tambah semangat ingin tahu tentang dunia luar yg terang benderang di hadapan..

_______________________________________________________

  "Ayah.. ayah.. Jerit kecil mu.. Setia menunggu.. di bendul pintuku.."  "….." Tarian jari jemari di tali gitar terhenti.. "Panas la plak pagi2 buta ni…" Amat bangun niat hendak mmbuka tingkap.. seketika itu dia terjerit tatkala matanya terhenti di suatu kelibat…

"LIPAN..!!!!"

_______________________________________________________

   Pitin cemas.. Makhluk itu berbunyi.. Panik.. Pitin tidak tahu.. Dia serba tidak tahu.. Mengapa makhluk itu bersuara? Mengapa makhluk itu mengeluarkan bunyi yg sebegitu kuat? Pitin kaget.. Apa harus di lakukan..

_______________________________________________________

"Bapak ar..besar gila lipan ni.."  "Nak bunuh ke..nk halau..emm .." Amat serba salah.. "Sian plak.. mane tau ade anak bini lipan ni..sian plak.." Amat membuka tingkap.. niatnya cuba menghalau lipan itu keluar dari bilik nya.. "Syuhh.. Syuhh.. Kalo ko tak keluar,aku bunuh ko.. Kang klo aku bunuh ko,jgn salah kan aku plak.. Jangan cakap aku tak bgi ko peluang nk larikan diri.. Syuhh.. Syuhh.. " berkata2 dengan lipan…

_______________________________________________________

   Pitin tidak tahu kemana hendak pergi.. Dia merasa seperti ada ruang terbuka untuk dia keluar dari ‘dunia’ itu..  Pitin bergerak ke arah terbuka itu.. sedetik kemudian Pitin berhenti.. "Ini matlamatku.. Dunia ini tujuanku.. Aku takkan pulang selagi belum temui apa2..!!" Pitin berpatah balik..walau tidak tahu mana arah tuju.. Pitin melakukan pusingan 180 darjah..

_______________________________________________________

"Aik..bgi kuar taknak kuar la plak.. Aii lipan ni.. mmg cari nahas betol.."  Amat mengambil sebatang pen di meja.. Lalu cuba menguis lipan itu untuk di buang keluar..

_______________________________________________________

   Sekoyong koyong makhluk itu menghulurkan sesuatu ke arah Pitin.. "Oh..Makhluk ini seakan ingin bekerjasama dengan ku.." fikir Pitin.. Dengan megah nya pitin memanjat ‘landasan’ itu.. selaju mungkin..

_______________________________________________________

   Amat mencampak pen itu.. "Kurang ajar punye lipan.. bgi betis nk peha.. Nanti ko.." Sebilah gunting di atas meja.. itu saja yg terpandang dek Amat.. "Sorry la cik lipan oi.. aku terpaksa bunuh ko.."

ZASSSSSSS!!!!!!

   Arrkkhhhh!!!… Pitin berguling2 menahan sakit.. Pedih.. Arkhhh!!! Badan nya terbelah dua.. Pitin masih menggelepar kesakitan.. Dapat dilihat nya sebelah lagi bahagian badan nya yang tidak bergerak.. Air mata Pitin mengalir.. Sakit!! Tidak terbayang pedih!! Pandangan Pitin makin kabur.. Bayangan ibu.. ayah.. Fartis menjelma tiba2.. "Maafkan Pitin.. Pitin bersalah.." Gelap..

_018

28 April 1986

April 27th, 2007

28April1986..

Tarikh ni..aku lahir kat dunia..mak aku yg lahirkan..abis sape lagi..

Bayangkan..9bulan dalam perut..n skrg dah 21 tahun umur aku..21 tahun bukan masa yg pendek..mungkin pejam celik pejam celik..sekejap jer..tapi..betapa susah nyer seorang mak n ayah nk besar kan n didik betul2 seorang anak agar jadi anak berguna.. anak yg tak derhaka kat mak bapak..

Cuba pk..berapa kali kita pernah ckp tima kasih kat mak pak kita,sebab besar kan kita..sbb lahirkan kita kat dunia ni..

Aku bersyukur dapat mak bpak yg sporting..leh gelak2..leh main2 ngan mak pak.. paling lawak,bapak aku.. bgi aku ar..lawak bapak aku mmg best giler..bapak aku lah hero aku..mak aku pon sama gak..

Kadang2..kita bangga dengan awek kita.. dengan pakwe kita.. kita letak gmbar pakwe.. gambar awek kat friendster..kat myspace..tapi ader tak kita letak gmbar mak bpak kita kat friendster?kat myspace?

Kita kata awek kita lawa.. kita kata awek kita baik.. kita kata pakwe kita hansem..kita kata pakwe kita penyayang.. tapi pernah tak kita kata kat kengkawan kita,mak bapak kita best..mak bapak kita sporting..

Mak pak kita lah yg susah payah bela kita..besarkan kita..Mak pak kita lah yg penuh mengharap kita banggakan dia.. Kadang2 mak pak sedih kita nyer result periksa teruk..tapi mak pak kita kata ape kat kita.."Belaja la rajin2..dapat no tengah2 pun jadi la..".. tapi dlm bilik masa nk tidur..saper yg dengar mak pak kita menangis sbb kita..

21tahun dah aku idup kat bumi Allah ni..bukan nk riak or bangga diri..tapi aku agak gembira bila tgk mak bapak aku senyum masa hari ambik sijil tamat kursus persediaan nk dtg Jepun ni..ader satu perasaan dlm hati.."Puas!!".. Sampai mati pun kita takkan dapat nk balas jasa mak abah..tapi macam mana pun..kita kena try nk kasi mak abah bangga ngan kita.. Biarla mak pak kita nangis air mata gembira..terharu ngan kita..daripada mak pak kita nangis air mata sedih..sbb kesalahan kita..BIarla mak kita kata.."sejuk perut aku lahirkan ko.." Jangan la sampai mak pak kita kata.. "Kenapa lah aku tak dapat nk didik kau elok2.."

Tempoh yg singkat sblum aku fly Jepun,betapa lantang nya mak pak menyuarakan kegembiraan dia pada kengkawan.."Ni la anak yg nk pegi Jepun tu.."  "Eh,nnti dia tak blaja kat sini dah..dia nk pgi Jepun.."  "Dia duduk sini pun dah tak lama dah..dia dapat tawaran pegi Jepun.."

Betapa bangga nya mak bapak.. Masa dekat airport nk datang sini.. Tak terbendung gak airmata bila tgk muka mak ayah yg sanggup lepaskan kita jauh daripada dia.. sbb nk kejar cita2..

Kita dah 21..mak pak kita pun tak muda lagi..saper2 yg ader mak pak lagi..satu hari nnti kita pasti akan hilang diorang gak..pasti..tapi tak tau bila..kalau kita ader salah ngan mak bpak kita..ape salah nyer ringan kan mulut mintak maaf..bukan orang orang lain pun..mak bpak sndri..

Sempena Ulang tahun kelahiran aku yg ke 21 ni..klo mak bpak aku baca post ni..wlopon kebarangkalian nk baca or terbaca adalah sangat rendah..tapi..ketahuilah..

Mak , abah..angah sayang sangat kat mak ngan abah..minta maaf klo angah pernah terkasar ngan mak abah..terima kasih sbb besarkan angah sampai angah leh duduk kat negara orang ni..terima kasih sangat2..

                                                                                                                               Angah..

Kanak Kanak Riang..

March 3rd, 2007

Yo!!salam..sejak balik malaysia mggu lepas..dok umah ni kerja nyer asik makan jer la..mmg best jmpe makanan..sedara2..kengkawan lame..n tanah tmpat bumi berpijak ni..bnyak yg berubah..

Hampir setahun tinggalkan malaysia..atau lebih tepat,10bulan..berangkat ke Jepun 3April..n pulang ke sini mggu lepas..25feb..buleh la dekat2 10bulan..

Sedih gak bile ader makcik2 n pakcik2 yg dlu slalu bertegur sapa ttiba cam dah tak kenal..nk kenalkan diri cam termalu lak..apsal termalu?ntah..aku pon tak tau..kekadang tu terpk gak..berubah sangat ker aku ni klo nak dibandingkan dgn masa sblom gi Jepun dlu?ntah la..tak tau nk kata aper..

Baru2 ni jumper sepupu aku..ramai sepupu yg umur nyer masih di awal sekolah rendah dan tadika..aku pon cucu ke3 tertua klo dlm salasilah atuk belah mak aku kat banting ni..

Dalam bnyak2 sepupu ni..ader sorang sepupu name azizi..panggil dia jiji jer..awal tahun aritu dia baru masuk darjah satu kat sekolah rendah..biasala budak2 masuk darjah satu..mcam2 ragam..msti korang pon ader cerita sendiri kisah masuk sekolah darjah satu..

Hari pertama jiji kat sekolah..macam kebanyakan budak2 darjah satu yg len..mak2 diorang tunggu kat kantin..n mak2 plak,akan berborak ngan mak2 len yg turut sama menunggu anak mereka di tahun satu..begitulah fenomena yg biasa terjadi di Malaysia setiap awal tahun persekolahan..

Emm..ttiba lupa lak aper nk citer pasal jiji..takper ar..citer pasal aku lak time nk masuk sekolah rendah darjah satu dlu..waktu nk gi skolah agama..hari pertama..cam biasa mak akan tunggu..

Petang tu..aku belajar seperti kanak2 tahun satu yg lain kat sekolah tu..ingat lagi masa tu ustazah Saliah yg jadi cikgu kelas darjah satu abu bakar.lokasi kelas satu abu bakar masa time tu pon aku ingat..sebelah kelas tu kantin..so mak tggu kat kantin..time tu mak belom kerja lagi..mak still suri rumah tangga sepenuh masa..

Baju melayu putih..suar putih..sampin ijau..songkok..rimas betol aku..mane la suka pakai baju seragam camtu..dah la panas..lagi satu..mak aku pernah ckp..dlu aku kecik2 tak suka pakai baju koler..so pernah dlu aku sruh mak buat bju melayu skolah agama takder koler cam baju melyu johor..huhu..tapi tak ingat lak aku pakai ker tak baju tu gi skolah..

Bende tak biasa pakai..so mengundang rasa rimas..nk pulak tu ari pertama sekolah..nasib baik mak tunggu kat luar..tgh ustazah berceloteh pe tah kat depan..ttiba rasa nk kencing lak..tapi..nk angkat tgn nk mntak kuar ngan ustazah cam segan..lagipon ada rasa takut..ntah ape yg aku takutkan pon aku tak tau..mcm2 ar perasaan yg ada even hnyalah terasa nk buang air kecik..

So,aku tahan la akan air kencing yg tak seberapa bnyak kuantiti nyer itu..dengan sedaya upaya..dgn penuh penumpuan..namun..apelah kudrat seorang kanak2 darjah satu dihari pertama persekolahannya..

Tatkala tiba detik tak bleh tahan tu..aku tak tanya ustazah Saliah..tapi aku terus keluar kelas  n berlari mendapat kan mak kat kantin.."mak,angah nak kencing…"

Mybe mak ingat aku dah mntak izin kat ustazah,so mak pun pmpin n bawakkan aku gi tandas lelaki..bergegas la kami berjalan mndapat kan tandas saat ia amat diperlukan..Tiba jer kat depan pintu depan tandas tu,aku masuk cepat2 tandas..tapi ttiba aku nmpak 2,3 orang dak laki lain dlm tandas tu..lantas terpk.."eh,ader orang dlm tandas ni.."..Maka,aku pun keluarla dari tandas..dan sekoyong koyong nyer..gugurlah manik2 kecil air kencing membasahi seluar putih seragam skolah agama..

Kesilapan aku adalah membandingkan tandas awam dengan tandas rumah..tu la silap nyer..tapi buleh di ampunkan sbb darjah satu..huhu..

Haa..dah ingat dah cerita jiji..ader satu hari tu..dia gi skolah..n ditakdirkan dia sakit perut hari tu..tapi dia berani n dia bgtau cikgu dia.."jiji nk gi tandas.."..mungkin waktu kelas tu hampir tamat beberapa minit lagi..n cikgu tu nk abiskan kelas baru lah benarkan sume pelajar berehat..so cikgu tu kata.."awak tahan la skit lagi..klo tak boleh,awak berak la dalam seluar.."..

Balik skolah petang tu..makcik aku(mak azizi)..mcm biasa siapkan baju utk pegi skolah agama..n dia mndapati..seluar dalam azizi ader bekas tahi..(sory la klo jijik)..punyer la lurus bendul azizi ni ikut cakap cikgu dia..huhu..

tapi yg lagi lawak nyer..tanpa mak dia perasan..jiji still guna seluar dlm yg sama utk ke skolah agama..haha..gelak aku dgr mak dia cerita..

Pada aku,tak patut la seorang cikgu keluarkan kata2 macam tu kat seorang kanak2 darjah 1 yg tak tau aper..baru nk lihat dunia n bercampur ngan kengkawan..perlu ader lebih kasih syg wlopon diorang bukan anak kita sendri..

Aku citer ni bukan nk malukan diri sndri or family aku..tapi sajer jer nk mengimbau kembali zaman kanak2..kita sumer penah lalui zaman kanak2 n aku rasa zaman ni la yg paling indah klo nk dibanding kan zaman2 len..zaman ni la kita takder masalah yg besar sgt..klo ader pon setakat pensil ilang kat skolah..n camne nk bgtau mak ayah keputusan periksa teruk..punya indah zaman kanak2 ni smpai peter pen pon taknak jdi dewasa.. sbb tu dia hdup kat neverland..even bill gate skalipun..msti dia klo boleh nk kmbali ke zaman kanak2 dia..

Kepada mereka yg masih ader adik yg kanak2..nasihatkanlah diorang supaya hargai zaman tu..sbb zaman kanak2 hanya datang sekali jer seumur hidup..