Api..Api..

May 24th, 2008

Situasi : Hostel sedang renovate, terutama tingkat 1,yang mana hanya didiami oleh pelajar foreigner.Kami di pindah kan buat sementara di rumah yang di khas kan untuk guru dan kakitangan sekolah.Pada awalnya kami di katakan hanya akan menginap untuk sebulan tapi kami masih di sini sejak bulan 2 yang lalu.Untuk makluman,jarak antara rumah tersebut dan hostel adalah sekita 100meter.

Tarikh : 22 Mei 2008

Kejadian : Hari ini hari Khamis.Sekitar pukul 4.30petang,akan di adakan latihan kebakaran di kawasan hostel.Aku tahu akan makluman itu kerna telah terpampang di papan putih hostel.Namun,aku menganggap bahawa aku tak perlu untuk hadir kerna aku tidak duduk di hostel ketika ini.Mungkin aku silap disini..

Ceritanya begini…

Petang itu sekitar pukul 6,aku berjalan pulang dari bilik komputer menuju ke dewan makan hostel untuk menjamu makan malam.Turut sama waktu itu,Kaeta dan Shigemune.Masuk ke dewan makan,seperti biasa aku ambil makanan dan duduk di meja foreigner student.Sedang bersembang di meja ketika itu, seorang pelajar Mongol dan seorang pelajar Sri Lanka.Aku turut menghidu kehadiran Ogawa Sensei tak berapa jauh dari meja ku.

Sedang aku bersembang, aku di sergah satu suara. "Azlan!!" Ogawa menjerit lantang,gempita satu dewan makan.Sekitar 15 orang yang sedang makan turut tersedak.

"Yo sabotte kureta naa.." (Bagus lah kamu ponteng hari ni..)

"Eh??" Aku tidak tahu salah ku ketika itu.

Ogawa memarahi serta memberi amaran pada ku dan pelajar foreigner lain yang turut tidak hadir latihan kebakaran.Entah apa alasan mereka tidak lah ku tanya.Ketika itu cuma memikirkan mengapa Ogawa perlu mencari publisiti murahan di dewan makan.

Dia berlalu meninggalkan aku tanpa sedikit pon ku balas amarahnya tadi.Tak tenteram hati menghabiskan santapan petang itu.

"Tak boleh jadi ni.." Hati menuntut penjelasan.

Habis makan,aku hayun langkah ke pejabat asrama.

———————————————————————-

"Sensei,saya minta maaf tadi sebab saya tak datang.."

"Ha.. takpe.Lain kali jangan ulang lagi ye.."

"Tapi.. saya rasa tak puas hati.Kenapa saya perlu di marah depan orang ramai.Kalau betul pun saya salah,kenapa tak boleh di tegur dengan cara yg lebih baik.Ataupun,apa salah nya kalau teguran tu tak di dengar oleh pelajar lain.."  Aku meledak geram.

"Saya tak puas hati.." tambah ku lagi menyimpul tujuan kedatangan.

"Kamu salah.Kenapa saya tak boleh tegur pulak." Ogawa mula bangun dari dudukan.

"Saya bukan tak mahu datang.Tapi saya rasa,saya sekarang tidak di hostel,mungkin saya tak perlu hadir.Jadi,bukan 100peratus saya salah di sini." Aku mula mara ke depan,mendekati Ogawa.

"Salah kamu lah menganggap macam tu.. Lagipun bukan selama2 nya kamu duduk di sana.Kamu akan balik ke sini juga nanti."

"Tapi,kalau ye pun,tak perlulah tegur sampai semua orang dengar.." aku mula sedar salah, tapi tak bererti perlu mengalah.

"Saya tegur begitu supaya pelajar lain boleh dengar dan dia tak ulang kesalahan yang dah kamu buat.."

Aku terdiam.Cari idea seketika.

"Tapi malu lah saya semua orang dengar.Lagipun,bukan nya saya ada niat nk ponteng.Just salah faham je.."

"Itu alasan ketidak hadiran kamu.Tapi,keputusan nya, kamu tidak hadir.Betul atau tidak??" Ogawa mula bermain psikology.

Terdiam lagi.

"Mungkin saya salah sebab saya ambik keputusan sendiri.Tapi saya tak boleh terima saya di tegur depan semua orang.Sedangkan saya tak berniat nak ponteng."

"Baiklah.Cuba kamu fikir contoh begini.Ada seorang pelajar,di beri kerja rumah dan di suruh hantar ke esokkan nya.Kemudian,dia tidak hantar.Saya sebagai guru,akan menegur dia di depan pelajar lain supaya jadi pengajaran.."

"Tapi sensei kene juga fikir..mungkin malam tu,dia demam atau ada alasan lain yang membuatkan dia tak dapat siapkan kerja.." Aku terasa bangga sebab dapat point hebat.

"Kalau dia ada alasan,mengapa dia tak berjumpa saya dan bagitau alasan tersebut.Takkan saya nak masuk kelas dan terus marah melulu.Mesti saya periksa dulu siapa yang tidak hantar kerja.Kalau pelajar tu ada alasan, dia lah kene datang berjumpa dan bgtau alasan dia.." Kata Ogawa mematah serangan.

"Kenapa kamu tak datang dan tanya sama ada kamu perlu hadir atau tidak??" Ogawa menyerang.

Terdiam buat kesekian kali. Berkalah.

Aku terus mengatakan ketidak puasan hati aku akibat di tegur di khalayak.Walau tanpa alasan kukuh, dan berkali2 di patahkan serangan.Tapi,Lawan Tetap Lawan.

"Apa2 pun,saya tak puas hati di tegur macam tu.Saya rasa ada pendekatan yang lebih baik." aku cuba untuk menghabiskan "tengkar".

"Itu pendapat kamu.Tapi di Jepun, ini lah keadaan nya." fakta dari Ogawa.

"Azlan,kamu sekarang di Jepun.. bukan di Malaysia.." sambil Ogawa memberi peribahasa Jepun yg lebih kurang sama makna dengan Masuk kandang harimau,mengaum.Masuk kandang kambing,mengembek.

"Apa yang saya belajar hari ini,pemikiran orang Jepun dan pemikiran orang Malaysia, sangat2 berbeza." kesimpulan pertengkaran dari aku.

"Memang berbeza.Sangat berbeza." Ogawa menambah.

"Saya akan sampaikan ketidakpuasan hati kamu pada sensei2 asrama yang lain.Saya akan bagitau yang kamu tak suka di marah di khalayak ramai." sambung Ogawa lagi.

"Tsutaete kudasai.Yoroshiku Onegaishimas." (Silalah sampaikan.Minta tolong)

Aku tinggalkan pejabat dengan kekalahan.Tapi aku menang dengan amukan sendiri.Biar lah apa kata pelajar Jepun yang terdengar pertengkaran kami selama hampir setengah jam itu.Yang penting, aku PUAS!!

FAKTA

1)Ogawa mengajar subjek psikologi dan moral di Tokuyama College.

2)Ogawa tidak lah se garang mana.Pertengkaran kami di iringi senyuman sesama sendiri.Kalau tidak,manakan mungkin aku berani membuat hingar

3)Malam itu aku datang memohon maaf.Kerna rasa bersalah menghantu diri.Ogawa kata.. "Takpa.. biasa lah.. pelajar foreigner.."

4)Dalam pertengkaran itu,aku turut sinis memerli Ogawa andai dia sanggup memohon maaf padaku.Tapi dia kata, "Yang salah kamu.Bukan saya.."

5)Tulis blog ni di bilik kajian hidraulik.Tergesa2 hendak pulang.

6)Semalam kene marah ngan empe lagi.Tapi empe bukan Ogawa.So,geram2 pon,pendam je la..

7)Doakan aku berjaya enterance exam nk masuk universiti..

 




8 Responses to “Api..Api..”

  1.   eZ on May 26, 2008 1:29 am

    nampaknya komputer belom elok lg…
    kesian.
    gud luck benkyo..

  2.   AmiR on May 27, 2008 10:21 am

    kalah ka mat belagak??haha..mesti dlm hati dia dok kutuk ang mat belagak..sabar ja la..lg 18 minit nak masuk subuh,ermm tggu ja la..

  3.   Haズu on May 29, 2008 2:05 am

    aku rasa kan mat .. ko ni bermonolog dgn diri ko je kot .. tkpun ko main balas2 ckp dlm hati dgn sensei ko .. sensei ko pn sama … haha

  4.   Alan on May 31, 2008 10:38 pm

    ape ko ckp ni wan.. tak paham aku.. ko ingat aku reka2 ape cite ni.huh!huh lagi skali,huh!

  5.   Ichiro on June 7, 2008 2:27 am

    hannah paham..jgn bimbang..hahahaha

  6.   XD on June 7, 2008 3:49 am

    rase mcm nk bg “lempang banting” kat sensei ko.. tetibe teringat kat cikgu disiplin aku pnah m’debik aku sbb aku nakal nk mampos, tgn aku gatal pi maen hos bomba semate mate nk basuh tgn. tandas jauh sgt. -kesimpulannye: tutor, cikgu disiplin, sensei, dan smue2 yg blagak die best slalunye btol la sgt kpale otaknye..

  7.   syamim on June 19, 2008 2:35 am

    aku rasa empe pon takkan marah2 ang lg kalo ang protes sket kat dia…mcm aku buat kat sensei spek 2 aku tu…tp sejak dia tak marah2 aku rasa sunyi plak…apapon keberanian ang tu agak hebat la (baca dgn intonasi yg macho..)

  8.   ' Al irfan on June 29, 2008 5:35 am

    Anyway. aku rasa pun tak patut die sound ko terang2 camtu. Sebab kau bukan budak darjah 1, bkn semuda mcm budak2 klas ko. Hatachi, jyan?

Comments RSS

Leave a Reply

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind