Masih Ada Yang Sayang
Buka mata.Lampu kalimantang bulat setentang
.”Kalau jatuh la lampu ni,buleh berdarah kepala..” Menggeleseh ke kanan dan melihat jam di
telefon bimbit jenama Kyocera. “8.25 a.m.!!Bangun dan lekas ke kelas!!”
Begitulah agaknya suara yg akan kedengaran andai telefon hitam ini boleh
bersuara.Entah kenapa langkah ke kelas pagi ini longlai.Tidak seperi biasa aku
sedikit berlari ke kelas.Malah hari ini aku lewat dari kebiasaan.Sentuhan
pertama tapak kasut dengan lantai kelas pagi itu di iringi dengan bunyi loceng.”Oh,pittari!Ingat
dah lewat tadi..” Lalu duduk di tempat biasa.Koordinat nya,meja ke 3 dari
depan,juga meja ke 3 dari kanan.Agak kehadapan kali ini kalau nk di bandingkan
dgn tempat duduk yg jauh terperosok ke belakang kebiasaan nya.Negara matahari
terbit ini suka menukar tempat duduk pelajar.Biasa nya sebulan sekali.Tak
pernah pula bertanya kenapa.Mungkin ada baik nya walaupun kadang terasa sunyi
bila duduk di sebelah rakan yang tidak berapa baik.Peluang berbaik kata
mu?Datang sini dulu baru kamu tahu siapa itu “Orang Jepun”.
Pelajaran pertama pagi Isnin ini, 計測工学 (keisoku kougaku) atau di “Baratkan”
menjadi Measurement in Engineering.Pengajarnya,Morisaki Sensei.Aku hanya
menyalin..dan terus menyalin.Tidak masuk apa di kepala.Tidak bosan juga tidak
sibuk.Cuma terasa ada suatu yang tidak kena.Tidak sihat?Tertekan?Emm..mungkin
juga.Akhir2 ini sentiasa bimbang dan gelabah dengan perkataan “Graduate” dan “Daigaku”.20minit
terakhir kelas,pelajar di kerah membuat latihan dan di hantar hari ini juga
andai siap.Jika tidak,pastikan ada di meja Morisaki sebelum kelas berikut nya
minggu hadapan.Option yg di pilih hari ini adalah {{Minggu Hapadan}}.20minit
berlalu laju dan aku di sedarkan dgn jeritan Mizumoto memberi hormat kepada
Morisaki sebelum beliau keluar dari kelas.
Kelas berikutnya,Indusrial English.kali ini
Fujimitsu pula.Guru kelas sewaktu tahun 3 dulu.”Banyak jasa orang tua ini
padaku..” Sedikit ku beri tumpuan.Gagahkan juga diri.Habis kelas untuk separuh
hari.Pulang untuk makan dan solat.Kemudian ke kelas semula untuk Elasto
Plasticity.Juga aku “tiada” dlm kelas waktu itu.Entah ke mana
terbangnya.Terkejut bila di sapa dari belakang.”Azlan,daijobu ka?wakaru?”
[Azlan,ok?paham?] Tiada jawapan dari aku dan Oda Sensei berlalu meninggalkan.
Habis kelas aku bergegas ke Bilik Kajian Hidraulik untuk mencetak graf hasil
ujikaji minggu lepas.”Nak tunjuk kat empe jap lagi..” begitulah kata2 saat
meminta tolong Fujimoto Sempai menengok2 printer yang tak bertindak balas.
”Komputer ni buruk gila dah..sebab tu ar
jadi macam ni.Bukan salah printer.”
“Ooo.. Halima Sensei bercuti ke hari ni?”
“Entah la.Pagi tadi ada.. “
Selepas Nobu sampai,kami bertiga ke bilik
Empe.Tidak seperti biasa berempat.Kenapa agaknya Halima Sensei hari ini..
“Sate,doudeska?” [So,macam mana?]
Fujimoto dan Nobu mula menerangkan apa yg kan minggu lepas tentang kajian mereka. Tiba giliran aku.
sudah mereka sudah
“Sensyu,pito kang no kentei keisuu wo
mitomeru jikken wo yatta.Konkai wa zenatsu wo hakatte,graf ni shita..” [Minggu
lepas,saya buat ujikaji pemalar pitot tube.Kali ni saya ukur total preasure dan
buat graf..] sambil menunjukkan 4 keping kertas berlakaran graf.
“Omae na..taitoru gurai kake ya~ soshite
ne,pito kang no banggo wo hakkiri kaite yo.Kore dattara chisai sugiru
yon.Haha..” [Kamu ni..setakat tajuk tu, tulis la~ Then,nombor pitot tube tu
tulis ar betol2.. Kalo macam ni,kecik sangat la.. Haha..]
“Huh!Gelak??Biar betol?” rasa nak terhambur
kata2 tu dari mulut.Jarang melihat Empe tergelak lebih2 lagi dengan pelajar.
“Tanomu zo..” [Tolong lah..] Kata2 terakhir
Empe sebelum kami beredar dari bilik Ketua Course Mechanical Engineering
Tokuyama Kousen petang itu.
Rasa tak bermaya berada di kawasan
sekolah.Aku ambik keputusan pulang.
“Azlan doshita?Yaru ki nai?” [Apsal Azlan?
Cam tak de mood je]
Sapaan Yoshitake Nobuaki petang itu..
“Choshi warui.Kaeru yo.” [Tak sihat ar.Aku
nak balik.]
“Sokka.Ki wo tsukete.Otsukare” [Oh ye
ke.Take care.Berpenat]
“Otsukare.” [Berpenat]
Langkah pulang petang itu juga tidak
bermaya.Tiada roh.Kepala yg berdenyut sejak keluar dari bilik Empe tadi minta
di picit.”Balik ni tidur la sekejap..”
Buka mata.Terkejut dgn getaran telefon yang
“memukul” meja.Dari kohai bertanya mengapa tidak mengambil lagi makan malam
sedangkan sudah hampir waktu dewan makan tutup.”7.28 dah woi..gi sembayang n
makan!!” seolah terdengar2 telefon bersuara.
Dari dewan makan aku ke bilik
Shigemune.Kebetulan Murakami juga ada di situ.Sejujur nya aku mencerita bahawa
hari ini telah genap tahun yang ke 22 aku wujud di dunia ini..
“Ah..sokka.kyou ka.kono mae ii yotta
ne.gome gomen.wasureta.Honto gomen.”
[Oh..ye lah.Arini ek?Aritu ada cakap
kan ?sory sory.lupa.sorry
sangat..]
Kata Shigemune.Murakami turut
mengiyakan.Berborak2 sekitar sejam di situ lalu beredar ke bilik Miyake
pula.Topik yang sama.Hari jadi.
“Kyou na?gomen.wasuretotta!gomen azlan.”
[Harini?sorry.Terlupa.Sorry azlan]
Aku tak la mengharap apa2 pon ucapan dari
mereka.Sebab aku sendiri tak pernah ambil tahu bila hari jadi mereka.Adil la
begitu.
Pulang ke bilik,melihat telefon merekod
kan beberapa panggilan
tidak berjawab.Dari rumah semestinya.Selesai mandi,panggilan dari rumah datang
lagi.
“Angah bergemuk.Ana ni.Selamat Ari Jadi..”
“Oh si dikna bergemuk.Hoho.Time kasih ar..”
Berborak panjang dengan mak dan dikna.Abah
pulang ke kampung sebentar tadi.Khabarnya ada saudara meninggal.Innalillahi
wainna ilaihi rajiu`n.Abah yang bersungguh suruh memanggil.Katanya,Ain telefon
siang tadi minta di sampaikan ucapan selamat hari jadi nya padaku.Hoho.Untung
ku punya family.
Habis meletak telefon,dating pula dari
Along.
“Lan..along ni..”
Awal nya sahaja berkata tentang hari
jadi.Keseluruhan tentang kehidupan..
Frienster pun tidak kurang yang memberi
testi dan komen.Terima kasih.
Habis dari along.Datang pula dari
Boshi.Haha.. Boshi pun Boshi la..
Apa2 pun.Terima Kasih semua.
22 tahun hidup di dunia,muhasabah la
diri.Kenang balik orang yang pernah berjasa dan pernah berbudi pada kita.Hidup
di negara orang banyak dugaan tak kurang juga cabaran.Bersama masa,semua nya
berlalu dan datang silih berganti.Perlu ada kekuatan untuk menempuh.Kadang di
atas kadang di bawah.Andai sedang berlari.jangan lupa boleh terjatuh.Andai
terjatuh,jangan mengalah untuk bangun.Perlu sokongan?Keluarga dan rakan2 ada
menghulur tangan.Allah bersama mu andai tidak kamu tidak melupai nya.Ingat
lah..walau bagai mana pun diri mu,di dunia ini masih ada yang sayang~
Glosari
Otsukare - Ucapan yang di ucapkan tatkala seseorang habis membuat kerja.Biasa di ucapkan bila pulang kerja atau sekolah.Tak tahu apa terjemahan yang sesuai untuk bahasa melayu."Berpenat" macam tak sesuai.Haha.Lantak la.
Pittari - Tepat2.Biasa di gunakan pada waktu.
Empe dan Halima - Guru bimbingan untuk kajian subjek hidraulik.Nama sebenar empe adalah Fujita.Empe adalah gelaran yang di berikan oleh pelajar kerna sikap nya yang di katakan suka mengarah2.Halima adalah seorang guru lelaki.Bukan perempuan.Agak pelik nama Jepun seperti perempuan melayu.Huhu.
Uncategorized | Comments (5)
Ofukuro
20 April.. Kelahiran wanita yg melahirkan aku.. kurang 8 hari dari harijadi aku.. Sebagai anak,apa yang kita pernah buat kat emak untuk gembirakan hati dia.. tak banyak.. Cuba pk pulak,apa yang kita dah buat kat emak sampai mak sedih,kecik hati ngan kita.. tak sikit.. Sayangi lah ibu anda selagi boleh.. Sekurang2 nya,bila sampai saat tak boleh nanti,kita tak menyesal..
Buat mak yg tersayang, Selamat Hari Jadi dari Angah..Moga mak sihat selalu dan di murah kan rezki, Insya Allah.. Amiinn..
“Helo..”
“Helo abah..”
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam.. angah ni..”
“Ha..sihat?”
“Boleh la sikit2..”
“Ha.. sihat engkau..?”
“Hahaha..boleh la..”
“Ha..”
“Abah buat ape?”
“Tengah tgk2 tv..”
“Tak pegi mane2 plak hari ni?”
“Ha belum..nak cakap ngan mak?”
“Emm..hari ni hari jadi mak, abah bagi ape?”
“Ha..belom lagi.. di jangka sebelah petang..”
“Hahaha..”
(Rakaman perbualan telefon dgn abah dan emak.. terpaksa di edit atas sebab2 tertentu..)
*buat yg bnyak kerja..toksah la buang masa dgr..
Uncategorized | Comment (1)BuRu
Hai.. Apa Khabar Semua?Sihat?Saya
Bulu..Mesti semua orang tahu tentang saya kan?Hari ini saya ingin bercerita tentang
kehidupan saya sebagai seurat bulu.Seperti bulu-bulu lain yang tumbuh di badan
manusia,saya juga sedemikian.Namun,saya terasa bersyukur kerana dijadikan sebagai bulu yang tumbuh di bahagian kepala.Atau dengan kata lain,saya adalah sehelai rambut!!
Berbanding bulu-bulu di bahagian anggota
yang lain,rambut adalah bulu yang paling panjang.Penghormatan ini khusus untuk
rambut sahaja.Semakin lama rambut itu hidup,semakin panjang ia boleh tumbuh.Dan
apabila sampai kepada satu tahap,rambut akan gugur dari kepala.Saat itu adalah
saat paling sedih bagi sehelai rambut.
Mari saya cerita tentang kehidupan saya di
sini.Sewaktu saya tahu saya akan tumbuh di kepala,saya sangat gembira.Bagi
sehelai bulu seperti kami,menjadi rambut adalah perkara yang hebat!Manakan
tidak,tumbuh di tempat tertinggi dalam bahagian badan manusia.Namun,apa yang
saya idamkan sebagai rambut,sebenarnya tidak lah seindah anganan saya selama
ini.Entah kenapa,saya di lahirkan pada manusia yang suka menggaru
kepalanya.Hampir setiap hari saya akan melihat kawan-kawan seperjuangan yang
lain menderita digaru.Kuku-kuku di jari itu menjadi musuh harian kami
serambut.Saya juga tidak terkecuali digaru.Ada juga di antara kami yang tewas.Ketika
di garu,usia bukan lah faktor untuk menang atau kalah.Bahkan ada yang seusia
saya sudah gugur sebagai sehelai bulu.Namun,saya akan terus berusaha agar dapat
bertahan sehingga ke akhirnya.
Akhir-akhir ini,semakin ramai rambut-rambut
baru yang tumbuh.Pada pandangan saya,kebanyakan rambut-rambut muda ini dilahirkan
dengan nutrien dan zat-zat yang penting bagi sehelai rambut atau bulu.Mereka
kelihatan segar.Lebih mengagumkan,mereka bernasib baik kerana di lahirkan di
bahagian belakang kepala,di mana bahagian yang jarang digaru.Entah kenapa,
kebelakangan ini bahagian belakang kepala lebih banyak rambut baru yang tumbuh
berbanding di bahagian atas.
Pada awalnya,saya berasa terharu dan teruja
menerima sekelian rambut-rambut muda di sini.Terasa ingin saya curahkan segala
pengalaman pahit dan manis bergelar sehelai rambut.Dan begitulah yang saya
lakukan saat saya menyambut mereka di kepala ini.Belaian demi belaian yang saya
berikan memakan diri sendiri.Rambut-rambut muda ini mula menganggap saya “teman
sepermainan” mereka.Walhal,saya lah yang mula membuka mata mereka tentang “dunia
kepala” ini.
Rasa hormat yang pernah saya curahkan pada
rambut-rambut terdahulu tidak lagi saya rasai,walaupun pada awalnya,segalanya
nampak seolah2 berjalan rapi.Rupanya kusut juga di akhir.Sekuat mana pun
mereka,seteguh mana pun mereka di kepala ini,Pencipta Yang Esa mengajar kita
agar menjaga peradaban dengan yang tua.Sebaik mana pun hubungan kita dengan
yang berumur,sampai bila-bila pun,mereka masih sehelai rambut yang
berumur.Tidak boleh tidak,mereka lah “Kaum Yang Berumur”.Bagi yang
muda,perlulah mengambil tahu batas-batas yang membezakan antara kami yang tua
ini,dan golongan kamu yang muda itu.Mungkin hari ini kamu teguh kerana kamu di
bahagian belakang,namun siapa tahu,kamu juga boleh menjadi antara yang terawal
gugur.
Sampai di sini sahaja untuk kali
ini.Mungkin ini kali pertama dan terakhir saya berkata-kata bagi pihak rambut..Moga
ada manfaat dan pengajaran bagi yang mahu berfikir.Apapun kesudahan kehidupan
saya di kepala ini,perjuangan mengatasi keguguran belum berakhir.Andai suatu
hari saya gugur,biarlah saya gugur kerana sampai waktu matang sehelai
rambut.Mintak di jauhkan dari gugur kerana kekusutan akibat digaru.Doakan
kejayaan saya di sini.Hingga ke akhir,bertahan dan terus bertahan…
Salam dari Kepala..
Uncategorized | Comments (3)