Kalimantang itu…
22 Februari 2008 (Jumaat)
Ikeda terduduk sambil menghela nafas
panjang di kerusi empuk di pejabat nya.. Aku jua terdiam.. Suasana bilik itu
sunyi.seketika..
“Sensei..boleh saya balik skrg?”
“Ha..”
Langkah longlai pulang ke rumah.. Mahu
tumbang rasanya ditiup angin sepoi petang itu.. Berputar ligat fikiran
memikirkan macam-macam perkara yang bersangkut.. Kalau begini,akan begini..
kalau begitu,akan begitu pula.. Masalah.. tak boleh lari lagi.. Usaha apa lagi
boleh dilakukan?Hanya berserah.. doa dan tawakal.. Syukur aku punya Tuhan..
Tidak di layan seperti hamba wlaupun itu hakikat sebenarnya.. Malah di suruh
meminta kepadaNya.. Allahuakbar!!
Malam itu aku hanya termenung.. dan terus
termenung.. serba tak kena.. Kalau baring..terasa hendak duduk.. duduk terasa
hendak baring kembali.. Aku tutup lampu,berselubung dlm selimut,pejam
mata.Tidak mahu lelap.Ku sambar Nintendo DS.. Mario Kart jadi pilihan malam
itu.. Kekalahan berturut turut.. Apa yang tidak kena agaknya.. Pejam mata
kembali..cuba utk tidur.. cuba dan terus mencuba.. Jam berapa aku terlelap agaknya malam itu.. namun yg pasti
aku berjaya.. Berjaya utk tidur.
23 Februari 2008 (Sabtu)
Bangun pagi itu terasa awal dari biasa.. Cuba utk pejam
mata kembali tidur.. Gagal kali ini..tidak seperti malam tadi.. Terlentang atas
futon.Hanya ada lampu kalimantang tiub silinder setentang mata.Puas ku tatap
lampu itu.Tiada apa yg aku belajar dari lampu itu.Tapi sekurang2 nya dia punya
matlamat di dunia ini.Hidup utk menerangi manusia dgn harapan manusia yg
diterangi nya itu juga punya matlamat sepertinya.
“Ah! Tak boleh begini! Hidup msti di
teruskan! Yosh!!”
Bangun berwuduk dan mendirikan “subuh”
sekitar pukul 11 pagi.. Terik matahari sudah sedikit terasa pagi itu berbanding
hari sebelum yg mendung..
Laman Friendster memaparkan icon new
message.. Dari Along..
“Date: 02/22/2008 9:13 pm
Subject: atuk masuk hospital
Message: tadi mak tepon.mak kata atuk masuk
hospital sakit jamtung n paru-paru berair.nak bawk g klang tapi tak stabil lagi
so duk banting.tadi pkul 3 lebih mak kata atuk tak sedar, dah bernafas ikut machine.mak
ngah on the way nak balik, pak lang pun tgh try nak balik, along tak balik
kot…tapi bulan 3 ni nak balik lah. ni nak g survey tiket air asia ..
Aku capai telefon..
“Hello..” suara mak sedikit berbeza dari
biasa
“Mak.. kenapa ngan atuk?”
“Oo..angah.. eh,mana angah tau?”
“Along..”
“Oo.. Tu la.. semalam dia bgtau sakit
dada.. dia kata dia dah rasa sakit 2 3 hari lepas..tapi dia tahan2 sakit tu,
agaknya dah tak tahan sgt baru dia bgtau smalam.. mak bawak dia pegi klinik..klinik
suruh bawak hospital.. kat hospital masuk emergency.. dia pengsan.. doctor
suruh bawak ke hospital klang.. tapi smlm dia tak stabil doctor kata duduk
banting dulu..ni skrg dah bawak klang sbb dia dah stabil skit..” suara mak
tersekat2..
“Kat
klang doctor dah pasang alat bantuan pernafasan..dia sedar tapi doctor bagi
ubat tidur supaya jantung dia tak bekerja sangat.. “
“Mak kat klang la ni??.”
“Aa..Suma ada kat sini..pak lang pon ada
skali.. tapi tu la.. doctor kata 50-50.. apa2 jadi terima je la..”
“……..”
“Angah doa ye.. takyah la balik.. along pon
tak balik agaknya..”
“Emm.. “
………………………………………………………….
Satu2 kenangan dgn atuk mula muncul..
Paling terasa waktu cuti sbelum berangkat ke Jepun.. Satu pagi atuk telefon ke
rumah mengajak teman ke kebun andai tidak kemana.. Ku turut kata bekas guru
besar sekolah kebangsaan sungai buaya,banting itu.Sekitar umur 70an..masih
mampu ke kebun menebas rumput..mengutip kelapa bali yg gugur..
“Atuk nk pegi sorang takut.. dulu masa wan
ada,dia la slalu teman atuk.. berdua la ke kebun.. masa dia dah tak boleh jalan
pun dia teman.Duduk la dlm kereta tgk atuk menebas..”
“Ooo..ni kalau Lan takder atuk pegi ngan
sape?”
“Tak de la pegi.. ni dah lama tak pegi..
dah semak agaknya..”
“Kalau apa2 jadi bahaya sorang2..”
“Tu la..tu yang atuk takut tu..sorang2..
umur dah tua..apa2 jadi..sorang2 je..menjerit pon takder sape dgr..”
“Kang lepas ke kebun kita pegi makan mee goreng
kat warung tepi TUDM tu.. ucu ko kata sedap..”
Di warung tepi TUDM, atuk tak la makan
mana.. hanya meneman aku makan.. konon nya upah meneman dia.. Saat membayar,
atuk sempat berseloroh dgn pemilik warung.. “Ini cucu.. tak lama dah sini.. nak
ke Jepun blaja.. muka pon dah mcm askar Jepun..”
“Hahaha…” gelak bersama pemilik warung
……………………………………………………………..
Buat ke sekian kali nya aku merenung lampu
kalimantang tiub silinder itu.. Tak boleh tidur.. jam menunjukkan sekitar pkul
1.. Awal dari biasa.. mengeleseh ke kiri..kemudian kekanan.. dan kembali terlentang..
masih lampu kalimantang tiub silinder..
…………………………………………………………..
Terkejut dgn deringan telefon.. tak sempat di
angkat..putus.. dari Emak.. sekitar 3 pagi waktu tempatan..(2 pagi waktu Malaysia) . Hati mula mengagak yg tidak baik.. Jantung berdegup
kencang.. Telefon berdering lagi.. sekali lagi dari Emak.. ku renung telefon seketika
sebelum di angkat..Kumpul kekuatan dalaman utk menerima segala kenyataan.
“Angah..” suara mak tersekat2..
“Atuk dah takde… “
“……” Kelu…
“Innalillah..”
“Angah doa la ye.. yasin ke.. takyah la balik..jauh..Along
pon tak tau lagi balik ke tak.. kebumi esok agaknya.. ni tgh uruskan nk bawak balik
banting..”
…………………………………………………………….
Tatapan ku masih lagi kalimantang silinder itu..
“Atuk..” sepontan tersebut.
Waktu berlepas ke Jepun dulu,atuk turut mengiringi
ke KLIA..
Saat mak ragu2 melepaskan aku ke luar negara, kata2 atuk mengizikan
pemergian itu.. “Biar dia pegi..bagus belajar luar negara..timba pengalaman tempat
orang..”
Dan waktu pertama kali pulang bercuti ke Malaysia khabar
‘clash’ pun tersebar di kalangan keluarga.. tapi kata atuk..
“ Yang putus boleh
di sambung..”
Kini atuk tinggal kenangan.. Atuk jenis orang
yg jaga makan dan kesihatan.. disiplin.. sasuga seorang guru besar.. beruntung jadi
seorang pendidik.. ilmu yg bermanfaat pahalanya sentiasa “mengalir” walau terputus
nyawa dari jasad..
24 Februari 2008 (Ahad)
Sekitar jam 9 aku terjaga.. segala yg berlaku
sejak Jumaat terasa bagai mimpi.. Tak sangka atuk dah takde.Ku selak langsir.. Putih.
Lebat salji pagi ini. Bumbung rumah2 bagai di salut “krim” vanila.Sayu rasanya..
Perkhabaran terbaru atuk sedang di mandikan..
Moga atuk di tempatkan di kalangan orang2 yg
soleh.. Amin..
Alfatihah buat atuk.. Hj Bidin bin Busu
بِشَىۡءٍ۬ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٲلِ
وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٲتِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِينَ (١٥٥) ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ (١٥٦) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ عَلَيۡہِمۡ صَلَوَٲتٌ۬ مِّن رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةٌ۬ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُهۡتَدُونَ (١٥٧)
sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut
(kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya)
kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah
khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu)
orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka
berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah
jualah kami kembali. (156) Mereka
itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan
dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang
dapat petunjuk hidayatNya. (157)
Uncategorized |
16 Responses to “Kalimantang itu…”
Leave a Reply
inalillah wa inailaihi rojiun..
bwk2 ar sabo wahai bazlan..
ade ms callin2 ar mmbe k..
alfatihah..
byk2 solat hajat
baca yasin sama
semoga ang tabah mat
innalillah hi wainna ilaihirajiun..
hmm, berpengalaman gak kehilangan tok time kat nihon ni..so macam memahami perasaan ko..
apa2pn be strong weh..
kita sama2 doa dari jauh…
saba lan~
aku doa gak ntuk atuk ko..
takziah aku ucapkan
serius sedih bila baca.bergenang air mata.dari dah okey terus rasa sedih balik.
al fatihah utk atuk ko lan .. teringat nenek aku kt kampung ..
takziah .. kuatkan semangat klu ko ada shikeng nnt ..
adui.. ku tahan genang air mata,
melimpah jua membanjiri muka.
Yang pergi tetap pergi, Lan. Kalau kau tak de mood nak layan DS, nanti aku beli DS sebijik khas utk main dgn ko..
innalilla-hi wainna ilaihi ra-jiun
kes jumaat 22 feb tu pon aku tau juga..
dugaan dtg menimpa2, tp mmg akan ade hikmahnya..
mungkin lepas dugaan yang agak hebat ni, segala urusan ko akan smooth je..
tabahlah hati~
Ya. Setuju sangat dengan kata-kata eZ. Mungkin lepas ni segalanya akan “smooth” je.. insyaAllah.
alan,saba..aku bleh faham prasaan ko..tade ape nk cakap, just bersabar n doakan roh arwah.. kita yg hidup terus hidup..yosH!!!
cume nk higlight: “yang putus boleh di sambung”..
neh~
takziah beb walopon aku agak terlambat
takziah weh walopown dh sgt lmbat…
cume 1 je aku nk komen:
“Ini cucu.. tak lama dah sini.. nak ke Jepun blaja.. muka pon dah mcm askar Jepun..”-hoho,kata2 yg aku xleh bape nk trime..huhu~
هذه هي بلدي وليس من المستغرب بعد ذلك ، ولكن بفضل..