Ahmad Jamungi..
Hoii!!ok..tu je first word utk post kali ni.Emm..camne nk mula ek.Program cuti musim panas berjalan seperti yg di jadualkan.Intenship dekat Hiroshima berakhir dgn jayanya.Takde ape nk diceritakan sbb suma nya biasa2 je.Then,balik malaysia.Pastu pegi Hokkaido.Gi Hokkaido aritu best gak la.Memula ingatkan bosan je sbb pegi ngan bebudak Jepun.Tapi rupanya ok gak la..Orang melayu kata,"Boleh la~"..Tinggal program Disneyland je yg belum.
Yo!!Word first utk perenggan kedua.Pepatah melayu kata,"Hujan Emas Negeri Orang,Hujan Batu Negeri Sendiri,Baik Lagi Negeri Sendiri.." Kalau dulu,kecik2,aku penah tanya mak aku ke cikgu tah pasal mksud pepatah ni.Tapi lepas diterangkan pun aku still tak paham.Sebab pe elok negeri sndiri plak?sedangkan hujan emas tu kat negeri orang?Haa.. Sekarang,barulah kene balik kat batang idong sndiri.Bukan la nk kata yg kat sini tak best.Tapi tak la seseronok hidup di Malaysia..
______________________________________________________________
Petang itu sekitar pukul 6 di rumah..
Jari jemari menekan2 remote astro mencari cerita best..
Bunyi motor kris memberitahu yg abah sudah pulang dari kedai..
"Ha.. cuba ko bukak wrestling, ngah."
"Wrestling?Mane de wrestling petang2 ni?wrestling msti ar malam2.."
"Ya Allah.. iye.. ko tak caye.. cuba la bukak.. cuba tgk 80.."
Aku tekan 80..
"Ha.. takde.Mane de wrestling siang2.."
"Eh?cuba 82.Ade.. cube 82"
Kali ni ku tekan 82.
Terpapar program wrestling TNT..Terkejut..tak sangka petang2 begini ada wrestling..
"Ha..ko tgk.Dulu mak ko pon tak percaya abah kata wrestling ada petang2.." Abah tergelak gembira kerana ada wrestling..
"Sejak bila plak ade wrestling petang2.. " Aku masih bingung tak percaya..
"Memang.. abah yg suruh dia buat.."
Berderai gelak..sejak bergelar pesara bulan 6 lalu abah lebih bnyak menghabiskan masa di rumah..wlaupun telah memulakan bisnes kecil-kecilan.
Tak semena2 muncul seorang ahli wrestling bertubuh sasa di tv..
"Ko tau sape nama dia ngah?"
"Entah..orang baru ni..mane angah kenal."
"Ahmad Jamungi."
Mak yang baru dtg dari dapur juga tergelak..Aku juga sama..Bagaimana seorang ahli gusti mat saleh boleh bernama mirip seorang berketurunan Jawa..
"Ya Allah mak engkau.. cuba tgk.. jap lagi dia kluar nama orang tu.. ko tgk ye ngah.."
Kami bertiga menumpukan perhatian di Tv..
"Hahahah.." serentak aku,mak dan abah tergelak besar bila mengetahui nama sebenar ahli gusti itu..
"AJ Style"
______________________________________________________________
Sejak adik yang last meninggalkan family dan duduk di asrama,mak dan abah berdua saja di rumah.. Suatu tgh hari aku keluar berdua dgn abah ke supermaket baru di pekan banting..
"Megah skrg dah pindah sini ngah.."
"Ooo.."
Kami masuk ke tingkat yg menjual barang makanan.. Aku akhirnya membeli aiskrim pelangi.. paddle pop. Lama betul tak makan paddle pop.
"Supermarket ni takder jual baju2 ke bah?"
"Eh,ade.."
"Tingkat berapa?"
"Atas kot.Jom kita naik.."
"Tangga nya mane?"
"Eh,mane ye.."
Kami berpusing2 mencari tangga ke tingkat atas.. namun hampa.
"Tak de la kot ngah.. abah pun dah lupa.."
"Emm..takpe ar.Bukan nk beli pun.Nak tgk2 je.."
"Balik la jom.."
Sewaktu turun eskelator,kami terpisah dek beberapa orang seakan indon yg berpusu2 hendak turun.. Seketika kemudian aku lihat abah seolah2 berkata2 dgn salah seorang mereka..
Tiba di dlm kereta..
"Ngah.. ko jalan mane tadi?"
"Ade je blakang abah tadi.Nape?"
"Takde la.. abah ingat ko sbelah abah.."
"Eh,tak.Angah jalan blakang sikit tadi sbb ader orang macam indon ramai2.."
"Tu la.. Ko tau.. Abah ingat ko kat sebelah.. abah cakap ngan orang sebelah tu.. "Ngah,lain kali kita pegi Tesco.Lagi lawa baju dia.." Sekali abah pandang sebelah.. Huwala.. bukan engko!"
"Hahaha.." berguling2 aku gelak time tu..
"Malu betol la abah.Orang indon tu pulak tersengih sengih.Huala.. Wes Tapok Sedengan!!(Pukul kang tau la..) *tak brape pakar bhasa jawa.klo silap sorry ar..
Abah dgn bahasa jawa nya..Sehingga saat ini aku masih tergelak andai teringat peristiwa itu..
Malam itu.. Mak memberitahu ada tingkat atas untuk ke bahagian pakaian.. cuma tangganya yang seakan tersorok mungkin menyebabkan kami tidak terjumpa.. Huhuhu..
______________________________________________________________
Sebelum balik ke Jepun,kami bertiga ke the store mencari barang makanan yg hendak aku bawa pulang.Barang terutama yg aku cari,pasti nya paket kuah segera Brahim.Senang saja,cuma masukkan ayam atau daging,dan sedia di hidang.Hahaha
"Angah nk yg mana?pilih la lekas.. kang suruh abah bayar.." Mak bersuara sedang abah entah kemana waktu itu..
"Ha..tgh pilih la ni.."
Bila tiba hujung2 cuti di Malaysia,mula lah mencari barang makanan.Waktu itu akan terasa tak bermaya sbb merasakan singkat nya cuti di Malaysia.. serta bayangan kehidupan Jepun yg tak `setanding` budaya Malaysia yg dah sebati di diri..
Tetiba abah datang ke arah kami..
"Jumpa dah ngah?Tahir.."
"Tahir?" Mak kehairanan..
"Tahir?Tahir mane plak ni.." Aku tergelak seolah dpt mengagak..
"La.. mak engko.Tadi kata cari Tahir nk bagi budak ni bawak balik.."
"Mana pulak Tahir.. Brahim la.." Mak membetul kan.
Aku masih tergelak.. hingga hari ini.. juga saat ini..
"Lebih kurang la tu.. " abah tak mahu mengalah..
______________________________________________________________
Indah nya hidup di Malaysia.. ada abah ada mak.. Andai kita mampu bermanja bersama ibu dan bapa,hargai lah nikmat yg di kurniakan itu..
Selamat Berpuasa..
Uncategorized |11 Responses to “Ahmad Jamungi..”
Leave a Reply
adeih2…
perut ku kejang kerana gelak sakan.
dah la aku seolah2 mendengar dialog2 itu diucapkan dgn nada dan intonasi yg tepat..
hahahaahaha..
kesian encik ahmad jamungi tersedak2 di rumah beliau~
alan,ang mewarisi kegelian ayah ang kan..mmg dari dulu aku tau..
adehh.. aku pon pecah perut gak.. abah ko mmg best la lan..tp abah aku lg best..cume lawak abah ko high class..
Serbuk kari cap Tahir, seumur hidup aku tak pernah dengar… hahahaha…
indon tuh mker cm alan,tuh yg bapak alan dok bual2 tuh..tjwb ar sgala psoalan aku ameq dan beb, nape mat indon kt fujikyu dlu tgur alan jer..
len kali ko wat serbuk kari jename sendiri r lan..senang abah ko nk igt..serbuk kari ALAN..hehe
alan.. alan.. mmg terserlah dah.. takleh nak komen ape2 lg.. apsal la **** sangat.. haha
walaupun dah tau crita ni tapi masih tergelak2 lagi baca citer kau….dah la kat bilik guru ni tak tau kalo ada orang nampak along bagai nak gila gelak tertahan-tahan sorang2 dpn pc
aku xgelak baca la alan..aku sdey sbb aku rindu mesia bila ko citer macam ni!!! waaaa T_T
aku gelak gler aa ika..
satu, sbb aku rindu kt pakcik ansor.
due, sbb ade ke boleh bapak ko igt ko mcm org indon.
tige,..tatau tapi klaka sgt.
ika, ko sbnanye rindu kt aku, kan?
haha tahir ngn brahim.lawak2.
aku pun mengalami kejadian same cam ko time nak beli barang bawak balik.
aku nak beli sup mushroom.bapak aku cari sup shahrom.
terbaik la lan famili ko~
semuge aman dan harmoni slalu~
ha ha